Sunday, 24 February 2013

Mari ajar mereka menabung

Now tengah bosan sambil tunggu pukul 3 nanti ada interview. Tengah bingung sebenarnya transport takde macamana nak pergi interview nih? Takkan tak pergi. Ahhh pening..pening.. Ape-ape pon nak cerita pasal menabung nih. Malam semalam adik aku dok sebok korek tabung dia. Sebenarnya tak elok mengira duit malam-malam. Adik aku tanya kenape eh tak boleh? Aku cakap la..

" kalau orang kira duit dia malam-malam orang kata nanti duit dia akan hilang. 
tak tau la toyol ke pencuri yang amik. *mengarut"

*banyak nih jeles pulak aku tengok

Adik aku berkerut. haha. Lantak la kitorang kira gak. Pastu tiba-tiba maklong datang mencelah. Dia bagi tips kalau nak menabung dah banyak-banyak pastu acik nak kira jekan leceh tol tak? Dia cakap duit siling tuh kita asingkan dalam rm5 ke, rm10 ke dan masukkan dalam plastik balut-balut. Pastu tulis atas plastik tuh jumlah duit yang korang masukkan. So kita tak payah kira dah bila dah masuk dalam plastik. Haa okay gak kan.

Kan bagus kalau kita ajar budak-budak menabung dari awal. Kalau dah dari budak menabung, lama-lama duit pon menggunung. Nanti dah besar nak sambung belajar tak payah buat pinjaman macam aku nih. Sebok anta surat suruh bayar la. Sampai ke tua baru habis bayar kot pinjaman nih.

Nasihat aku tok adik-adik yang berblogging nih, mula la menabung dari sekarang dan jangan pulak gunakan duit tuh untuk topup la, beli gadget yang hebat-hebat. Motif sebab nak tayang kat member sekolah. Tak payah semua tuh.

NOTE : Mulai hari nih aku pon nak menabung macam adik aku. *telambat T_T


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: