Sunday 14 April 2013

Makanan sampingan untuk berdiet

Hari nih kentalkan hati untuk mengupdate jugak. Walaupon jari jemari rasa lemau sangat nak menaip tapi aku cekal untuk meneruskan untuk memenuhi diari aku nih. hehe. Hari nih takde buat apa aku terpaksa pergi beli barang dapu sorang-sorang. Dengan berbekalkan duit yang diberi oleh ayah aku pon ape lagi..menyopping la !!


Setelah melihat diri ini, ketara yang teramat sangat rasanye. Ruginye selama ni aku diet bagai nak rak sekali sekarang dah takingat makan macam-macam je kau. Adoi nak kurus nak kurus. Plis la nak kurussssss. HAHA. Stress tahap kritikal sebab tak suka tengok badan kat cermin. Dengan mata cengkung macam muka takboleh belahhh jek. Huh. Taksuka la camnih. Semuanya gara-gara jadi penganggur kat rumah pastu belajar buat cupcake and makan sendiri. haha. Mana laa tak naik badan. Hmm kena nekad nih kurus.


Jadi aku pon tengah jenjalan ni belek-belek carik barang dapur aku pon carik la biskut kering buat diet nanti. Tapi macam susah sikit nak diet la sekarang sebab duduk rumah kena masak pastu takde aktiviti makan jek so macam dugaan jugak la nak mendietkan diri tuh. Aku punya la semangat jek lebih aku beli banyak ar biskut kot-kot nak start diet dah esok-esok.




Amboihhh kemain lagi banyak bonar belinya. Diet ke ni? hoho. Kali ni kena berazam la sket and takboleh main-main dah. Bayangkan dulu dah turunkan 10kilo pastu dah takdiet balik naik semata-mata. Sayangnyeee. Menyesal sekarang pon dah takguna la. Aku kena berpatah balik untuk menguruskan badan yang comel nih.hoho. Doakanlah aku dapat capai azam tahun nih. muehehe. Kbai.

xoxo



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Tuesday 2 April 2013

Kenduri Kahwin Lagi

Wahh lama rasanye tak update blog kan. Rasa macam setahun tak bukak padahal on jek blog. Tapi rasa macam takde mood jek nak update. Banyak giler nak cerita tapi tak dapat-dapat lagi mood tuh. Maybe tengah fikir nak kerja lagi atau nak sambung belajar. Soal masa depan nih payah sikit nak pikir bukan main lama. Kalau ikutkan hati nak jek sambung belajar tapi takde kawan. Bukan nak pikir pasal kawan sangat tapi nanti nak kena carik kawan la, dah la belajar nanti pikir pasal rumah sewa lagi la duit makan lagi la. Kalau ada kawan yang kita dah rapat tuh senang sikit buat tong-tong kan tapi baru nak kenal nih tak dapat der.Tetibe an pikir camtuh.haha. So baik pikir pasal kerja jela walaupon berat sangat hati. Rasa macam dah tua la kalau dah kerja. Bila belajar rasa remaja lagi walaupon luaran dah nampak macam mak orang. Haha.


Sabtu lepas aku ikut mak aku pergi kenduri kahwin anak kawan dia. Tapi kemain jauh lagi dekat Nilai tu haa. Tapi firstime mak aku bawak kereta expert giler dengan lebuhraya besar tuh masuk ceruk kampung mana. Yela mesti la dah expert sebab tempat kerja baru dia dah tukar dekat-dekat sana jugak. Kalau tengok area sana macam nak dimajukan sebab semua maktab, sekolah asrama pon dah dipindahkan. Bayangkan dulu kerja KL pastu tercampak kat kawasan kampung. Tapi taktau la kenapa mak aku taknak berhenti sedangkan ayah aku okay jek kalau dia nak bersara dah pon. Maybe dia bosan duk umah kot.


Anyway berbalik cerita tadik. Nak sampai ke majlis perkahwinannya mengambil masa dalam 45minit. Kalau nak diikutkan emak kata 1jam la sampai sana. Tapi tiba-tiba dia pecut sampai 140km. Bayangkan emak aku bawak 140? Dahsyat la emak. Kan aku kata dia dah expert jalan tuh. Bila lalu kat Nilai teringat pulak dekat kawan-kawan aku Ikin dan Ayu masa belajar dulu. Kitorang bertiga jek duduk rumah sewa tiap-tiap malam lepak Alamanda la. Siang lepas habis kelas pergi Nilai 3 makan sup berdengung. Memang sodap !!

* jalan nih kenangan ohh banyak cerita. tapi cerita cinta takde T_T


We olls pergi bersama dengan sorang kawan emak nih. Dia punya soksek soksek walaupon dengan menggunakan nada perlahan tapi boleh tahan tak berhenti oii. Sampai aku naik mengantuk la dengar. Tapi bila mereka cerita pasal yela anak dia banyak dah kahwin pastu terlintas di benak pikiran makcik uh untuk bertanya pada aku. Rasanya dah tau dia nak tanya apa.


"Ekin dah ada boyfriend ke? Kalau dah ada cepat-cepat la kahwin dah boleh dah tu."

"Haa aku boyfriend pon takde =.="


Adeh sedihnye. Sabarlah yek akan ku usahakan secepat mungkin. hah gedik. Lepas jek abang aku kahwin dulu baru pikir pasal aku. Lagipon kahwin awal-awal nak buatpe. hehe. Fuh akhirnya sampai jugak majlis nye. Apa lagi lepas jek dah salam-salam semua teros dengan rakus amik capai senduk nasi makan laa. Nak-nak ada nasi beriani pulak memang semua berselera dengan makcik-makcik sekali. Yela perjalanan jauh kan lapar la. Firstime aku berselera kemain bila makan kenduri kahwin sampai penuh pinggan. Bhaha.


*haa kau tersenyum kekenyangan. mak aih tembamnye pipi mohon kurus plis :(



*cute pengantin perempuan. Selamat Pengantin Baru <3


Lepas habis kenduri kawan emak nak singgah tengok office baru yang dah pindah tuh. Sambil tuh boleh tumpang solat sekali. Sepanjang perjalanan dah macam nak balik kampung la kiri kanan pokok jek. Kesiam mak aku makan apa la kat Nilai ni. Emak aku cakap balik-balik gulai lemak cili api. Semua lauk mesti masak lemak. Tapi dia nak jugak kerja situ takley halang la. Sampai jek semak samun macam kawasan baru nak membangun. Tapi ohsem giler bangunan dia. Kira kalah la KPTM tak secanggih institusi perguruan dah.


Dah macam maktab swasta jek. eh ada ke? haha


Yang penting bilik solat ada aircond lega rasanya. Emak aku strong women la sanggup drive jauh-jauh sebab setia pada kerja lama dia. Emak huaiting !!(dalam bahasa korea) betol ke ejaan? Watever. Penat uhh ulang alik biasa orang kenduri pergi paling lama dua jam la. Ini kitorang pergi kenduri sampai petang. Huwaa mengantuk giler. Thanks emak sebab drive masa tuh. hee.


*dah takboleh nak senyum sebab penat


K emak nextime kenduri mane pulak?

"ada kenduri dekat area nilai jugak tapi taknak pergi la emak tak larat dah"

Hahahahaha okay2

xoxo




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥