Monday 18 March 2013

Kisah Suami Isteri

Si suami kuat bekerja tak kira masa siang sampai ke malam, malam sampai ke pagi. Hanya untuk memberi kesenangan pada si isteri dan anak-anak. Suami terlalu rajin bekerja hinggakan beliau dinaikkan pangkat atas usaha sendiri. Si suami mula berubah dan lupa diri. Ini akibat ajakan kawan untuk lebih menjaga keterampilan diri, sikap menunjuk-nunjuk dan bangga pada kejayaan yang dikecapi. Hinggakan beliau lupa pada tanggungjawab pada si isteri dan anak-anak, lupa pada suruhan Ilahi. Mula menjadi sombong, kedekut dan sayang pada duit hasil usaha sendiri. Perubahan ketara mula dilihat.

Si isteri merasa bimbang dengan perubahan mendadak si suami lalu telah menegur apa yang silap. Lelaki pantang ditegur. Ego mereka terlalu tinggi hinggakan boleh membawa permasalahan yang besar. Si isteri mula memprotes diri tanpa melayan si suami. Si suami mula menyalahkan si isteri. Si isteri pula menyalahkan si suami. Mana silapnya?

Sikit demi sedikit hati mereka berubah dek kerana sikap mereka. Tahun pertama, tidur sebilik tapi berdiam diri tidak menegur sapa. Tahun kedua, si suami mula tidur di sofa menjauhkan diri dengan si isteri. Tahun ketiga, si suami mula keluar rumah sehari,seminggu,sebulan. Jauh.. Semakin hari semakin jauh.. Terlalu jauh untuk digapai.. Cinta mereka semakin jauh.. Hinggakan sekeliling heboh bertanya apa puncanya?? Tiada siapa mendapat jawapan. Hanya mereka dapat merungkaikan.

Hampir setahun jarak memisahkan mereka. Si isteri sering bertanya pada anak-anak, apa salah mereka? Anak-anak seolah memahami ibu bapa mereka. Terlalu banyak spekulasi orang ramai terhadap mereka. Kalau si suami ada orang ketiga dah lama kahwinnya, kalau si isteri tuntut cerai dah lama cerainya. Pada luaran mereka kata benci tetapi pada hati mereka saling sayang-menyayangi.

Bayangkan hampir setahun terpisah andai suatu hari nanti mereka bersatu semula, bagaikan pengantin baru rasanya. Hampir setahun tak bertegur sapa, hampir setahun tak bersua muka walaupon berjumpa. Indah bukan? Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya. Selama mana ujian yang diberi, jika kita bersabar suatu hari nanti ganjarannya berlipat kali ganda. InsyaAllah.


Note : Duhai suami dan isteri, Bersabarlah dengan ujian Allah. Sekiranya Allah ingin melihat sekuat mana iman
         kita serta pasangan. Sesungguhnya syaitan teramat suka sekiranya runtuhnya sebuah pertalian.



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: