Sunday 14 April 2013

Makanan sampingan untuk berdiet

Hari nih kentalkan hati untuk mengupdate jugak. Walaupon jari jemari rasa lemau sangat nak menaip tapi aku cekal untuk meneruskan untuk memenuhi diari aku nih. hehe. Hari nih takde buat apa aku terpaksa pergi beli barang dapu sorang-sorang. Dengan berbekalkan duit yang diberi oleh ayah aku pon ape lagi..menyopping la !!


Setelah melihat diri ini, ketara yang teramat sangat rasanye. Ruginye selama ni aku diet bagai nak rak sekali sekarang dah takingat makan macam-macam je kau. Adoi nak kurus nak kurus. Plis la nak kurussssss. HAHA. Stress tahap kritikal sebab tak suka tengok badan kat cermin. Dengan mata cengkung macam muka takboleh belahhh jek. Huh. Taksuka la camnih. Semuanya gara-gara jadi penganggur kat rumah pastu belajar buat cupcake and makan sendiri. haha. Mana laa tak naik badan. Hmm kena nekad nih kurus.


Jadi aku pon tengah jenjalan ni belek-belek carik barang dapur aku pon carik la biskut kering buat diet nanti. Tapi macam susah sikit nak diet la sekarang sebab duduk rumah kena masak pastu takde aktiviti makan jek so macam dugaan jugak la nak mendietkan diri tuh. Aku punya la semangat jek lebih aku beli banyak ar biskut kot-kot nak start diet dah esok-esok.




Amboihhh kemain lagi banyak bonar belinya. Diet ke ni? hoho. Kali ni kena berazam la sket and takboleh main-main dah. Bayangkan dulu dah turunkan 10kilo pastu dah takdiet balik naik semata-mata. Sayangnyeee. Menyesal sekarang pon dah takguna la. Aku kena berpatah balik untuk menguruskan badan yang comel nih.hoho. Doakanlah aku dapat capai azam tahun nih. muehehe. Kbai.

xoxo



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥