Monday 28 January 2013

Mendalami Tahun 2013



Dengan berbekalkan lagu Yuna yang super awesome di + pula dengan deruan air hujan yang lebat. Aku merasa syukur sebab kita ada lagi di dunia ni. Merasai kehidupan dunia dengan penuh cobaan. Aku menulis bukan mengejar populariti, aku menulis bukan ingin menaikkan rating, aku menulis bukan ingin dikenali. Cuma ingin sekeliling faham diri ini.

Ramai orang mengejar kebahagiaan, mengejar cita-cita, mengejar impian, mengejar dunia. Tapi bukan ke semua itu kita dapat hanya dengan izinNya. Aku juga punya cita-cita. Orang ingat aku tak punya impian tinggi. Mungkin aku tak pernah tunjuk.

Nak tahu apa yang aku nak dalam hidup?
Paling penting kebahagiaan la. Benda ni paling utama sebab itulah toggak kejayaan kita. Kebahagiaan dalam bentuk persaudaraan, saling mengambil berat, dan yang sangat membantu support each other. Cuba fikir kalau orang tak support apa yang kita nak, sure sure jek korang dah patah semangat kan? Kadang kadang kita pon tak perasan macamana orang beri kebahagiaan. Ada yang suka carik pasal dengan kau tapi padahal dalam hati dia sayang bangat kat kau kan. Ada pulak yang bagi kemewahan. Bagi jek duit semangat la kau hidup. Ada yang tak bagi apa apa. tapi cukup diri kau tau hati dia ikhlas support kau dari belakang. Cuma diri kita jek terpulang nak faham macamana.

Bukan nak cakap banyak aku cuma nak kau faham dalam dunia yang penting kita cari bahagia. Duit banyak, impian tercapai kalau tak bahagia sebenarnya kau kosong. Samalah macam yang aku rasa. The End.



NOTE : Tiba tiba rindu kampung. Arwah dah takde sunyi kampung ni
       ALFATIHAH.:')

♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: