Showing posts with label PERASAAN. Show all posts
Showing posts with label PERASAAN. Show all posts

Wednesday, 13 March 2013

Lelaki

Orang cakap kapel nih indah sangat walaupon ada pahitnya. Bila bercinta lautan api pon sanggup redah lakan. Yup memang betul pon. Sebenarnya teramat la bosan kalau diri itu menjadi single available lama-lama. Sekarang nih aku dah mensinglekan diri dah setengah tahun dan ini rekod pertama aku paling lama jadi single. haha. Why not to be single? Tak salah pon. Tapi bosan jugak sebab sekaarang aku dah jarang dating tiap minggu, pergi makan sama, piknik sama, tengok wayang sama. Elok jugakla aku single kurang sikit buat maksiat berpegang tangan bagai. hehehe.

Macam-macam ragam lelaki yang aku jumpa sebelum nih. Dulu masa aku tingkatan dua baru dapat henfon. Tu pon mak punya tapi dia tak guna. Bila ada berkenalan dengan sorang mamat nih benda yang paling aku takley lupa keterujaan aku bila dia call aku. Dia call tapi aku tak angkat sebab terlalu malu. Baiknya aku dulu. Kalau aku terangkat call dia aku letak balik. haha. Comelkan? Dan mamat nih jadik abang angkat aku dulu baik orangnya. Sekarang dah lost contact pon. huhu.

Naik pada tingkatan tiga paling banyak dugaan  aku la sebagai seorang remaja. Aku pernah kuar malam senyap-senyap semata-mata nak dating. Jangan lah budak-budak ikot perangai aku. Aku siap gunakan adik aku konon bawak dia pergi rumah kawan aku, pastu setengah jalan aku suruh dia balik dan bagitau mak aku jumpe kawan kejap. Ampunnnn mak jahat benar aku. Lelaki bengong mana la yang ajak aku keluar malam. Nasib baik aku lupakan kau. haha.

Tingkatan empat aku pertama kali kapel lama. Lelaki nih baik sangat kalau aku marah atau merajuk memang selalu dia jek yang mengalah. Tapi aku tak suka dating berjalan dengan dia. Sebab dia akan tinggalkan aku kebelakang dan tak tunggu aku langsung. Lepas jek setahun lebih kapel dia kena pergi jauh sebab kerja. Lama pulak tuh tak dapat contact langsung. Sedih giler. Dia ajak aku kahwin and ikot dia pergi dengan dia. Tapi aku xrela sebab aku suka duduk KL. hee. Lepas jek aku habis SPM dan sambung belajar dia balik KL kejap dan jumpa aku macam biasa untuk lepaskan rindu la nih. Aku macam dah takde hati dengan dia sebab dah lama sangat kena tinggalkan. Yela dalam 4 5 bulan jugak tak jumpa. Kitorang memang masih kapel time tuh tapi setiap kali dia mesej or contact aku macam taknak layan. Tup tup aku dapat taw dia dah tunang. Lelaki apa macam nih? Bercinta n betunang dengan orang lain dalam diam time dia dok jauh tuh. Bengang giler aku. Nasib baik aku dah takde hati dengan dia.


Ada orang lagi yang telah menambatkan hati aku. Kecewa dengan sikap lelaki yang bertunang senyap-senyap nih aku teros amik keputusan lupakan dia dan teroskan bahagia bersama yang lain. Ohh aku paling suka lelaki nih sebab dia lelaki paling hensem pernah kapel dengan aku. Kapel dengan orang hensem nih susah. Cemburu buta la aku nih. Setiap kali berjalan sebelah dia ada jek mata perempuan yang memandangnya. Yela nak dibandingkan dengan makwe dia yang sebelah memang la senang dia nak tergoda betol tak? Tapi lama la jugak dia bertahan dengan aku. Tapi aku tak suka sebab dia jenis yang suka salahkan aku bila dia bersalah, dah la kedekut. Aku yang belajar jek time tuh pon boleh support belanja dia. Ahhh lelaki kenapa kau kejam? Tapi series rindu gile dengan dia walaupon dah break tapi kitorang still kawan. Yang penting time jumpa arituh aku tetap belaja dia. hahaha



Mana nak carik lelaki yang boleh bertanggungjawab, memahami, gentle dan beriman sekarang?? Susah pulak nak carik sejak dah single nih. Masa zaman sekolah dulu hilang satu muncul pengganti. haha. Senang kacang la nak dapat pakwe hingusan dulu. Aku berharap sangat dapat jodoh yang baik-baik. Sedara-mara pon dah banyak bertanya " Ekin, bila pulak awak nak kahwin?" Aku mampu jawab "pakwe pon takde.hmm "

Jodoh adalah ketentuan Allah. Ada sebab ketentuan itu diberi pada kita. 

Kbye nak tengok Mohabbatein kat TV2


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Thursday, 7 March 2013

Buat Perangai Minah Sorang Nih

Aku bukan nak mengutuk lagi mengumpat. Cuma aku nak taw kenapa minah nih ada jek yang tak puas hati dengan keluarga aku. Tak suka ke tengok family aku senang sket. Kami duduk bersama tapi minah nih mulut bukan main bising. Senang cerita dapat dengar suara dia lebih daripada suara tv tuh. Kalo bising jek takpe tapi dok mencarot-carot sambil tengok drama. Salah sikit watak kat tv tu dibodoh-bodohkannya. Ada orang tegor.

"tengok jela tv tuh. bising jek dari tadi cakap bodoh-bodoh."

Kan dah kena setepek. Tapi dia tak pedulikan cakap orang. Dia nak jugak cakap perkataan tuh dalam setiap dialog drama tuh. Memang dah lali dengan perangai dia. Sekali lagi tak tahan dengar die membebel masa tengok drama. Last-last ada orang tukar channel agama. Biar senyap sikit. Tapi dia melawan lagi.

"tak hafal lagi ke zikir tuh yang nak tengok orang berzikir jek?"

Astaghfirullah orang macam nih pon ade ke? Duduk diam tengok jek tak boleh ke yang sibuk jugak nak mencelah tuh kenapa. Aku pulak yang naik hangin. Yang tak boleh blah tuh ustaz dalam tv tuh ada cakap yang kita kena sentiasa berzikir, selawat, pergi majlis agama baru la hati senang. Keluarga bahagia. Sekali lagi dia lantun.

"Keluarga bahagia ke keluarga tak bahagia?!!"

Pergh mulut lancang gile. Sekali aku lempang apa pon tak dapat. Nasib baik dia tua dari aku. Kenapa dia nak cakap macam tuh? Dia tak sedar ke yang dia menumpang jek tak boleh ke cakap baik-baik? Ni sengaja nak menjatuhkan keluarga aku. Konon nak mendamaikan tapi nampak macam nak menjatuhkan lagi adela. Lepas tuh pandai pulak nak buat baik dengan aku. Memang tak la aku nak layan pasni. Kau layan la perangai tak senonoh kau tuh sorang-sorang.

Arghhhh STRESS (macam Gary)


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Monday, 25 February 2013

Hayati KebesaranNya

*Taubat Nasuha by Hafiz Hamidun

Bila dengar zikir nih hampir menitis airmata aku.
Sepanjang hidup aku terlalu banyak mensia-siakan 
dengan masa dengan benda yang mengarut
dengan perkara yang tak mendatangkan hasil
dengan sesuatu yang merugikan.

Langsung tak sedetik pon dihati 
untuk mengingatimu
menurut segala perintahMu
dengan berzikir
berdoa di tengah malam
hayati makna ayat Al-Quran

Ya Allah aku lalai 
dengan 
tanggungjawabku
Terimalah taubatku.

Jadikanlah aku hambaMu yang solehah.
Berikanlah pentunjukMu dan hidayahMu
Jauhi lah aku dari perkara yang memudaratkan.
Jauhilah aku dari maksiat.
Ampunkan dosa-dosaku
Kau lindungilah hambamu yang kerdil ini
Kau makbulkanlah doaku
AMIN YA RABBAL ALAMIN


Pejamkan mata dan hayati zikir taubat nasuha ini


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Monday, 28 January 2013

Mendalami Tahun 2013



Dengan berbekalkan lagu Yuna yang super awesome di + pula dengan deruan air hujan yang lebat. Aku merasa syukur sebab kita ada lagi di dunia ni. Merasai kehidupan dunia dengan penuh cobaan. Aku menulis bukan mengejar populariti, aku menulis bukan ingin menaikkan rating, aku menulis bukan ingin dikenali. Cuma ingin sekeliling faham diri ini.

Ramai orang mengejar kebahagiaan, mengejar cita-cita, mengejar impian, mengejar dunia. Tapi bukan ke semua itu kita dapat hanya dengan izinNya. Aku juga punya cita-cita. Orang ingat aku tak punya impian tinggi. Mungkin aku tak pernah tunjuk.

Nak tahu apa yang aku nak dalam hidup?
Paling penting kebahagiaan la. Benda ni paling utama sebab itulah toggak kejayaan kita. Kebahagiaan dalam bentuk persaudaraan, saling mengambil berat, dan yang sangat membantu support each other. Cuba fikir kalau orang tak support apa yang kita nak, sure sure jek korang dah patah semangat kan? Kadang kadang kita pon tak perasan macamana orang beri kebahagiaan. Ada yang suka carik pasal dengan kau tapi padahal dalam hati dia sayang bangat kat kau kan. Ada pulak yang bagi kemewahan. Bagi jek duit semangat la kau hidup. Ada yang tak bagi apa apa. tapi cukup diri kau tau hati dia ikhlas support kau dari belakang. Cuma diri kita jek terpulang nak faham macamana.

Bukan nak cakap banyak aku cuma nak kau faham dalam dunia yang penting kita cari bahagia. Duit banyak, impian tercapai kalau tak bahagia sebenarnya kau kosong. Samalah macam yang aku rasa. The End.



NOTE : Tiba tiba rindu kampung. Arwah dah takde sunyi kampung ni
       ALFATIHAH.:')

♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥