Friday, 15 February 2013

Tahun Baru Cina vs Hari Tunang

Aku lupa nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kat semua yang menyambutnya. GONG XI GONG XI. Nak limau sekotak?? hoho. Baru-baru ni hari Isnin lalu adalah hari bersejarah bagi sepupu lelaki aku sebab dah pun menjadi tunangan orang. Haih parents diorang nih tiap-tiap tahun terima menantu. Sampaikan kitorang dah serik nak pergi rumah yang sama. Haha. Takde la bergurau kasar jek. Kalau tak silap aku ni anak lelaki dia yang keempat kawin dan semua stok lelaki jek. Memang takde perempuan so untungla mak dia sebab jejaka-jejeka akan keluar mencari menantu untuk maknya. Haa lebih kurang gitu la.

Hari bertunang pada hari Isnin n kitorang sekeluarga diwajibkan balik sebelum tu. Petang Ahad tuh aku dah siap-siap packing bagai. Tapi tak beria sangat sebab bertunang jekan. Dalam perjalanan kami sekeluarga ikot Highway Lekas n sepanjang perjalanan aku tepandang kampung-kampung yang ada kat area N9 ni. Memang hijau jek sudah semestinya. Aku tertarik dengan halaman diorang semua cantik-cantik belaka. Sampai la ke malam baru sampai pekan Temerloh n aku baru taw McDonald baru jek bukak kat sana. At last hampir maju jugak kampung aku nih. Haha. 


Untung sangat la memang kami kelaparan sangat. Ape lagi drive thru la heyyy. Kenapa tak makan jek kat situ? Tak dah lambat dah malam takkan nak terhegeh-hegeh malam buta baru nak sampaikan. Lepas drive thru berhenti jap tepi jalan sebab nak bagi can kat si tukang memandu makan dulu. Ohh lupa nak cerita pasal perkara yang melucukan nih. Tapi nak cerita ikot dialog sket baru korang paham sket. Camni cerita dia 

Orderman : Koi nak mintak order ni nak taw pokcik nak order mende? ( longat pahang)

HAHAHAHA memang gelak sakan la kitorang dalam keta sambil tunggu giliran drive thru. Pastu lagi..

Pokcik :  Koi nak order ape kebendenye name tu. Mende yang ade kuning2 tuh *means Double Cheeseburger.

MUHAHAHAHA sumpah kelakar bila ayah cerita pakai loghat Pahang. Super funny kalah Maharajalawak. Tapi ada lagi satu cerita nih. Ni kes customer always right. Ada satu kereta Myvi nih dia dapat salah order so dia pergi keluar kereta and komplen dekat kaunter drive thru jugak. Padahal boleh jek masuk restoran tuh pergi komplen kat sana kan. Dah la dengan muka marah. Si cashier mintak balik burger yang dia salah amik tuh siap cakap lagi " saya nak balik burger yang kotak dia warna kuning. " Haa ustomer tu dah blur die pegi bagi bekas Apple Pie. Kenapa Apple Pie n bukan ke kotak dia warna hijau? Pastu dia dah bengang dia suh family dia yang lain settle. Cashier tuh dah huru hara nak tunjuk kotak tuh macamana dengan ade staff chubby dalam tuh sampai bertembung la kecoh dalam tuh. HAHA. Sekali tiba-tiba ayah aku bersuara "Haa mane pergi burger tuh ke dah makan? " BHAHAHA kitorang tergelak besar sampai customer yang muka ketat pon boleh tersenyum dengar ayah aku cakap cenggitu.

Okay okay dah habis cerita kisah McDonald aku tuh. Berbalik kepada tujuan kami tadi teruskan perjalan lagi setengah jam nak sampai ke destinasi dituju. Sampai jek kampung macam biasa la meriahnya diluar pintu lagi. Ada banyak kereta tersusun di halaman rumah. Malam tuh diorang buat kenduri tapi dekat surau sebelah rumah. Makan time macam-macam lauk kampung la ada. Lepas makan-makan apa lagi melepak la tengok tv sambil minom teh yang kaw gila. Makcik mana la buat sampai ayah sedare aku pon cakap "kaw giler air teh nih. Fuhh !!"


Fuh penatnye nak bercerita. Ntah ada orang baca ke tak. hee

Dan hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pagi lagi kami dah bangun sebab padi tuh ada kenduri doa selamat sebelum kami bertolak ke rumah belah perempuan. Dan cerita pasal makan lagi. Haha nasi lemak panas lauk dia ada sambal ikan bilis, sardin masal lemak, gulai cili api ikan masin. Ahh banyak la tapi sayangnye tak dapat makan banyak sebab malu time tengah makan tuh semua makcik-makcik tenung sampai nak pecah pinggan gara-gara kami datang dapur sebab nak makan jek. Bukan nak tolong. hehe. Here we go, majlis time tengahari n kami ready siap-siap semua. Aku pakai simple jek n malas nak pakai beria sangat.

*adoi makcik-makcik jek muka aku.haha


Okay dah siap semua pon bergerak. Tetiba aku dengar suara sumbang cakap "kita jalan kaki jela" Haa jalan kaki? Ohho rupanya rumah dia dekat-dekat jek. Tapi penat jugak la nak menapak ke sana dengan pakai heels lagi. 

 
Bukannya setapak dua kena berjalan heh. So decide nak naik kereta jugak ! Biar orang kampung jela yang pergi jalan kaki. haha. Yeay dah sampai rumahnye. Mak aih kalau tengok-tengok balik ni macam kenduri kahwin jek. Punya la ramai orang siap ada makan-makan bagai. Tak caya tengokla  ramai dia camne.



 
*yang ni pulak hantaran bertunang.
pink : dari belah perempuan
purple : dari belah lelaki




*an this is our new family. welcome ^_^

Lepas majlis selesai aku n adik aku pergi la lepak kat pekan kejap. Tup tup dah petang. Semua dah bersurai tinggal sket jek orang. Kami terpaksa balik haritu jugak sebab ayah cakap esoknya dia ada kerja. So tamat la cerita hari cuti sekolah. To bakal berkahwin tu, selamat bertunang dan kahwin nanti kami datang lagi. Hee

The End


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: