Menjelang tengah malam 14 Februari yang lepas adalah Hari Valentines atau nama bagi budak-budak melayu kat sini panggil Hari Kekasih ( ini semua poyo ). Dah dibilang, dah diberitahu, dah diajar bahawasanya Hari Valentines itu adalah HARAM bagi umat islam menyambutnya. Mungkin ada segelintir manusia yang tidak memahami dan cetek ilmunya. Jangan salahkan mereka kalau ada budak sebelas tahun dah pandai "check in" dan melakukan perkara tidak senonoh dan melakukan perkara yang dilarang. *Subhanallah.
*salah siapa kalau mereka jadi macam ni?
Yang tak boleh blah tuh perempuan tu rilek selamba dek jek macam takde pe2 berlaku. Kalau la budak lelaki tu takde duit nak balik nak tumpang tido, si pompuan tu ada pulak duit nak check in hotel? Pandai la korang create story yang terang-terang membohong. Hurm, tak taw la nak cakap pe. Budak lagi kot.
Apa punca mereka melakukan perkara yang tidak terbatas ini dan sanggup melakukan dosa?
Masalah utama yang kita kena titik beratkan adalah
IMAN - memang kalau kita pikirkan pokok pangkalnya kita berbalik pada ajaranNya. Setiap yang berlaku ketentuan Allah. Tapi sekiranya kita ada Iman dalam diri kita pasti Allah akan bantu kita untuk mengatasi baik buruk yang akan berlaku.
INTERNET - Kenapa aku cakap internet boleh buat manusia terpesong? Sebab kita terlalu terdedah dengan environment, budaya, cara barat yang ke arah negatif. Umat Islam di dunia kena lebih tegas dalam isu seperti ini dan kalau boleh block kan segala apa jadah la pasal dunia negatif mereka. Tak payah la aku nak bagi contoh apa yang patut dibuang sebab korang semua pon tawu. Budak sekolah rendah pon taw la.
IBU BAPA - Aku taknak salahkan ibu bapa tapi kita kena akui jugak bahawa peranan ibu bapa teramat la penting untuk mendidik insan yang bergelar anak. Aku takut nak bagi pendapat tentang ibu bapa sebab suatu hari pon aku akan jadi ibu kepada seorang anak. Memang tanggungjawab mereka teramat la berat kerana segala kesilapan, kejayaan, mereka merasai bersama.
SEKOLAH - Apa kena mengena dengan sekolah? Petang tadi aku baru terpikir, kalau umat Islam terutama dalam Malaysia takut dengan mereka yang terpesong akidah seperti ini kenapa tidak dididik mereka dari sekolah. Aku paling suka kalau pelajar Melayu Islam diasingkan dengan pelajar kaum lain kalau boleh semua buat macam kat sekolah pondok. Aku rasa kalau sekolah diasing dengan pelajar Islam mungkin budaya lain mereka tidak ikut.
WALLAHUALAM
Walaumacammana pon aku nak mintak maaf sebab share video ni bukan untuk memalukan sesiapa tapi sebagai pengajaran untuk mereka yang diluar sana. Lagi satut patotnye kita nak tayang kat orang ramai siarkan la yang ade moralnya macam JAWI bagi nasihat ke pe ke. Ni dok tayang cerita diorang yang boleh mengaibkan. Komen banyak-banyak pon kalau kita tak sedar tak guna jugak. Dunia di akhir zaman. Ya Allah takutnya bila dipikirkan. Mintak jauh la semua tuh. Amalan aku tipis lagi tak sempurna. Jauhi la kami dari perkara-perkara yang tidak diinginiMu. Amin.
NOTE : Lagi satu kes mati jatuh dari tingkat berapa ntah dekat Times Square. Macam mana pulak tuh? Haih entah la dunia-dunia.







No comments:
Post a Comment