Tuesday 12 March 2013

Extremely Loud Increadibly Close



Cerita paling kreatif aku pernah tengok. Cerita nih dah tayang kat channel HBO. Ia mengisahkan seorang anak,Oscar yang kehilangan ayahnya dalam kemalangan kapal terbang yang terhempas kat bangunan tinggi tuh. Sukar untuk menerima kenyataan Oscar telah terjumpa kunci dalam sampul milik bapanya dan sampul tuh ada tulis nama "Black". Tapi itu kunci apa? Jadi dia pon carik la siapa Black yang mungkin taw tentang ayahnya.


Oscar nih punya la takut pada bunyi kenderaan macam kereta, kereta api dan semua la. So dia mengembara dengan hanya berjalan kaki. Untuk menghilangkan rasa takutnya dia sentiasa bawak temboring bersama ketika mencari "Black". Sepanjang pengembaraan dia bawa kamera datuknya dan mengambil gambar setiap orang yang bernama "Black".


Dia telah berkenalan dengan seorang penyewa yang bisu. Setiap percakapan orang tua nih ditulis dalam buku nota. Kalau tengok dalam rumah dia penuh dengan buku nota. Oscar menceritakan pada orang tua nih segala cerita dan hasratnya seorang saja. Dan orang tua nih memahami keadaan budak tuh dan nak tolong teman dia mencari "Black" yang dicari oleh budak tuh. Tapi adakah hasratnya akan mendatangkan hasil?



Cerita yang menyentuh hati aku dan setiap action dia memang cantik. Kreatif sangat ! Ape-ape pon budak nih hensem walaupon budak lagi. Pandai kau berlakon dik :D




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: