Monday 11 March 2013

Apam Polkadot Warna Warni


 
Comot tak? haha

Bahan-bahan :
3 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu cair/susu segar
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk penaik
Kaya untuk filling

Cara-cara :
Putarkan telur, gula, susu, ovallete dan esen vanilla sampai la jadi dia kembang sikit dan betukar putih. Ayak tepung dan tuang serta kacau sebati kesemuanya. Asingkan pada beberapa bahagian dan warnakan ikut citarasa korang. Tuang pada acuan dan letak filling sekali. Dah siap dekorasi bagai boleh la masak. Kukuskan selama 15-20minit.

 
*bagi yang tak tawu ovallete tuh camni bentuk dia warna oren
*guna acuan lompang supaya apam korang tak berterabur kembang nanti


Selamat memasak ^__^



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: