Monday 25 March 2013

Jom Diet

Ala malu la baju dah ketat. Pakai baju yang lama-lama nampai jek buncit-buncit tuh. Kalau duduk kena tersipu-sipu la sebab baju dah kecik kan. Biasa boleh terkangkang duduk pon tak kisah. hee. Nak diet boleh? Boleh la toqqq. Diet bukan untuk orang lain untuk kita jugak. Kalau dah kurus nanti banyak kebaikan dia baju senang carik, boyfriend senang carik dan yang paling penting hidup sihat. Dulu aku pernah cuba herbalife. Bila sebut jek herbalife orang dah taw produk nih mahal gila so orang taknak cuba. Aku pon anggapan macam tuh jugak dulu. Tapi macamana boleh terjebak?

Kawan aku tengok dalam FB perubahan ketara. Dulu berisi macam aku tapi dah nampak slim. Ramai orang tanya termasukla aku sekali.hehe. Dan dia teros nak share rahsia dengan ajak aku pergi ke tempat macamana dia boleh berubah. Niat aku memang nak kurus so aku pon ikot jela. Bila masuk dalam kelab nih aku masih takfaham ini kelab apa? Sebab nampak macam ramai orang tu daripada sebaya aku. Kebetulan ada sorang kawan pon interesting dengan kurus kitorang pergi together. Masuk-masuk dia prepare air untuk kita minum. Aku ingat mineral water yang diletak dalam cup plastik rupanya rasa dia pelik tapi bajet minom la sebab orang dok usha jekan.

Aku pon sok sek sok sek dengan membe aku nih. Dia explain satu-satu fungsi air nih so now aku dah faham yang nih memang herbalife. Mula-mula memang rasa taknak join sebab mahal sangat, tapi lepas dengar intro pasal benda nih aku dengan membe cepat teros join. Hampir dua bulan aku dengan kawan-kawan aku berazam tok kurangkan berat badan akhirnya berjaya. Aku hilang 10kg dalam masa sebulan lebih jek. Dibantu dengan corch kami yang kacak lagi bergaya, semangat menebal la. huhu.

Semalam mak aku cakap yang herbalife nih tak bagus sebab dia tak sihat la ape la. Pastu aku explain kat dia yang herbalife nih hanya makanan sampingan untuk bantu kita sekiranya nak diet. Tapi ada orang mencelah lagi "Aah herbalife takbagus. Dia kena makan selalu tengok la lepas kau takmakan naik mendadak badan". Kan aku cakap dia hanya makanan sampingan tapi diorang nih takfaham la. Kurus ke tidak diri kita sendiri kena usaha makan makanan berkhasiat dan senaman tuh memang penting. Aku naik beratbadan sebab tak jaga makan dan senaman.

Tapi silap besar sangat aku tak teroskan usaha aku nih. Sekarang berat badan aku naik balik tambah-tambah bila aku menganggur nih. Kerja masak-masak jek then makan. Pastu sekarang sibuk belajar buat cupcake la, dessert manis-manis yang berlemak tuh. Lagi tiap-tiap hari masak sedap tok family aku. So makan jek rutin aku. Dengan feveret Mcdonal KFC kalau hujung minggu. So sesiapa boleh bagitaw aku macamana nak elakkan semua nih???

Mana la badan tak naik. Silap besar sangat. Aku macam nak berazam tok kurangkan berat badan lagila. Rasa buang masa sangat bila duduk kat rumah takbuat apa-apa tapi taknak diet. Mane ntah pergi semangat aku yang dulu? Sanggup berhabis 7liter air kosong la, makan salad sahaja, beli buah banyak-banyak then breakfast oat jek. Beli biskut oat banyak-banyak makan tuh sahaja. Lepas tuh pergi gym tiap-tiap malam lepas balik kerja. Buat senamrobik pagi ahad and poco-poco. Sumpah rindu.

Kalori yang kita perlu bakar untuk turunkan berat badan. Susah kan?


Aku taktau macam mana nak tekankan kat diri untuk berdiet tapi aku harap aku dapat semangat tuh lagi sekali. Bagi aku peluang tuh untuk teroskan usaha aku lagi. Plissssssss :(


AMALKAN HIDUP SIHAT


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: