Monday 25 March 2013

Wedding Day

Semalam dah habis berlangsungnya perkahwinan sedara aku iaitu adik kepada Maksu aku. Haa tak kisah la siapa pon asalkan bila kita diundang hendaklah kita datang sekiranya berkemampuan.heh heh. Pagi lagi aku dah dengar bunyi bising. Siapa lagi kalau bukan makcik aku yang eksaited kemain lagi tuh. Dia punya potpet potpet dari luar bilik aku dah dengar dah tu yang terbangun awal. Awal la sangat kan. So taknak dengar dia membebel kat telinga aku cepat-cepat dengan bingkasnya aku teros masuk ke bilik air untuk mandi.

Fuhh lega rasanya sebab takde suara-suara sumbang yang kedengaran di telinga aku. Boleh la aku dapat siap-siap dengan tenang. Tapi tak jugak diam. hehe dah biasa dah lalui situasi nih. Yeay akhirnya aku dapat jugak merasa pakai shawl tribal. Thanx laa kat kawan aku sebab aku dapat jugak melaram di kenduri kahwin kan. Yela hari ape lagi dapat melaram macamnih.

So kitorang bertolak ke Shah Alam lama sikit la sebab rumit giler jalan dia. Maklum la besarkan area situ sesat sikit-sikit tak salahkan. hahaha. Berlawan-lawan suara jugak la aku dengar dalam kereta tuh. Sorang cakap ikot situ, sorang lagik kata ikot jalan lain. Memang macam bercakar jugak la dalam kereta an nasib baik abang aku yang drive so dia pandai la decide nak ikot jalan mane.

Akhirnya sampai jugak kat rumah pengantin. Khemah kau berwarna warni. Cantekkk. Hurm sampai-sampai target utama makan laa. Eyy tak ingat nak diet dah kalau nampak benda yang sedap-sedap nih lagi-lagi ada nasi minyak pulak. Pekena pulak dengan ayam masak merah la, daging rendang dia. Perghh kolestrol. Nasib baik air dia jek kureng dah la rasa pudar warna air sirap tuh pon pudar. After makan lepak-lepak di kaki lima sambil makan aiskrim pulak pencoci mulot.


aku, adik dan emak. we are gadis from our family :)


barisan makcik-makcik. belakang tu sesat pasal tuh die tersengih


aku takfaham kenapa abg pose macam tuh? dia kate style. blah


adik wearing the peplum. suitable like girly dah besar dah adik aku


and aku maintain chubby. nak kurus plisss


Pengantin dah sampai. So so soooo pretty the pengantin perempuan.


Anyway Selamat Pengantin Baru to both yang dah diijab kabulkan dan selamat mencari jodoh kepada aku. hehe. Walaupon simple dari family aku tapi amat bermakna bagi aku. Hope dapat spend together lain kali lagi lebih happy macam semalam. Dengar cerita abang aku nak sangat kahwin dah. Gatai. Dia cakap duit tak cukup lagi mohon sponsor dari yang amat berhormat. Banyak cantik. Perempuan jek yang boleh dapat sponsor lelaki takboleh. Adil tak cenggitu? Hope cepat-cepat la kahwin. Abang aku tuh tiap-tiap hari angkut anak orang kehulu hilir. Mak, ayah, sedara, pakcik, makcik semua dah bertanya.


Tapi aku macam mane? Aku pon nak jugakkkk. 

Ahh jangan gedik boleh tak kin.



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: