Saturday 9 March 2013

Fenomena Korea

Baru lepas tengok Running Man marathon tadik. Excited nak tengok sebab Jae suk sangat comel pakai costum belalang. Kepada sesiapa yang belum tengok lagi, pada episod kali nih Min Soo akan membalas dendam atas pengkhianatan pada episod sebelum nih jae Suk yang telah mencabut tag name dan menyikirkan dia. Perbuatan tuh dah membuatkan Min Soo berjanji untuk membalas dendam pada Jae Suk yang ia akan kembali suatu hari nanti. Ternyata kenyataan dia memang betul. Aku yang tengok Min Soo dalam tv pon naik seram sebab dia nampak ganas sangat. Actually dia adalah pelakon aksi lasak so dah tentu la ahli Running Man takut sangat kat dia.



*Jae Suk pakai kostum belalang


By the way, aku bukan nak cerita lebih lanjut sangat pasal game episod kali nih. Aku cuma tertarik dengan Jae suk yang pakai kostum belalang. Dengan rambut dia ala-ala JB masa kanak-kanak. HAHAHA sumpah kelakar. Ohho ada lagi satu gambar yang tak boleh blah masa google pasal Running Man. Cer tengok gambar bawah

*Running Man versi Malaysia

Okay ni memang tak boleh pakai. Kalau nak bagi persamaan watak adalah sikit-sikit. Tapi aku tak rasa diorang akan jadi se'best' korean artis. Hope tayah tiru tapi kena pertingkatkan mutu realiti show Malaysia. Nih tak Kilauan Emas la untuk orang tua. Tak Raja Lawak ke Maharaja Lawak. Same jek. Yang terbaru Siti Ooo Som tah rancangan ape laa yang Kak Siti kita buat tak best langsung. Balik-balik macam tuh jek. Sampaikan aku tiap-tiap malam bukak Korea channel jek sebab Astro memang haprak bagi cerita ulang-ulang. 

Dan ada lagi satu cerita pasal artis Malaysia yang terjah ke Korea untuk menjadi penyanyi ala-ala Kpop.

*credit to girang

Erul bekas pelajar Akedemi Fantasia yang ala-ala Kpop tuh telah masuk satu rancangan realiti dekat Korea taw. Aku ada tengok dan dia sorang jek lelaki yang dapat masuk final. Rancangan nih macam juri Korea akan mencari bakat macam Kpop style dari seluruh Asia dan sudah tentu la Erul wakilnya. Dia telah menang pertandingan untuk Malaysia dan tempat kedua pada Kpop Star Hunt 2. Masa final tuh yang aku ingat dia nyanyi lagu I'll be back from 2pm. Macam tak best lagu tuh mungkin sebab tuh dia hanya dapat tempat kedua.

Erul nervous tunggu keputusan pemenang.
Tapi hensem kan? Memang Kpop la dia !!

Tak kesah la dapat no 2 yang penting aku rasa orang Korea dah mula suka kat dia kan. Apa-apa pon cinta aku pada Running Man semakin menebal. Terima kasih la sebab dah buat malam-malam aku menjadi gelak tawa yang besar sampaikan selalu gak kena marah dengan mak sebab memekak malam-malam tengok Running Man yang gila-gila semuanya. Mula-mula aku suka Jong Kook sebab dia selalu menang, Tapi kejap aku suka Gary sebab dia comel, kejap aku suka Kwang Soo sebab bodoh-bodoh pon dia hensem. Suka sangat and teringin nak download full version dia tapi banyak sangat episod. Baik aku tengok kat tv jek.


Hmm hope industri Malaysia dapat setanding Korea yang tup tup dah menaikkan nama negara diorang bukan saja pada peringkat Asia malah peringkat dunia. Sayang Korea ! Cinta Malaysia ! Boleh tak? haha



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

2 comments:

Domo said...

nakk copy runningman :c

Unknown said...

ehhh awakk saya tgk kat tb jelar. hek hek