Tuesday, 5 March 2013

Rindu Member Praktikal

Lama tak update entri. Gelabah padahal baru jek seminggu kan. Hurm, tadi belek-belek gambar tetiba pulak rindu zaman praktikal. Walaupon tempat kerja tuh staffnye tak sebaya aku. Semua pangkat akak-akak, abang-abang jek. Nak tau rutin aku sepanjang praktikal?

Mula-mula masa firstime masuk praktikal ofkos la datang awal. Pukul 730 pagi dah menapak depan office tuh tapi sorang pon tak nampak. Boleh tahu la sebab pintunya cermin kan. Aku punya la lama tunggu dekat 1jam la tak sampai-sampai doh orang. Aku pon kol la kawan aku yang recommend tempat kerja nih, dia cakap orang dalam office tuh memang selalu datang lambat.

Dalam pukul 10 camtuh baru datang. Punya la lama tunggu perut pon lapar. Aku and sorang member aku pon pergi sarapan dulu. So kitorang pon pergi la cari makan n pergi masuk balik office pukul 10. Tiba-tiba supervisor kitorang memang dah tunggu kitorang dekat meja kaunter pertanyaan. Adoi dah la muka garang. Cepat-cepat kitorang mintak maaf sebab ingat takde orang lagi kan. Memang muka akak yang tunggu kat kaunter tuh garang sangat macam nak makan orang. Lepas jek masuk office ade dua orang staff. Rupanya diorang tuh pon budak praktikal jugak. Kitorang pon tunggu kat meja office.

Krek krek..krek krek.. 

Senyap terbangak-bangak jek aku dalam office. Aku ingat masuk-masuk kena buli buat kerja macam-macam. Semua buat bodoh jek. Kau pandang aku, aku pandang dia. Haha. Gila bosan. Apa yang aku belajar hari pertama? Sekadar baca profil company jek weh. Pastu balik keje. Wah heaven gila.

Dah seminggu lepas tuh, apa kerja aku?

*makan pagi nih wajib ada



*mengular tuh adalah rutin kedua kitorang


Kalau nak tahu 2kali seminggu aku akan pergi Kelana Jaya iaitu company lagi satu untuk tolong apa yang patut. Disebabkan aku ada transport  diorang buli la aku suruh pergi dari Kajang tu nak ke Kelana Jaya. Balasannya aku masuk office lambat dan mengular pergi mall yang dekat gan office. Siapa yang ajar. Akak kat situ jugak ajar aku mengular.haha.

Dan aktiviti terbaik, terbagus dan mencatat markah tertinggi sepanjang aku praktikal adalah..

online di tempat kerja(sepanjang masa)

*bulan pertama : kau tengok kat belakang tuh siap mencekik jek



*bulan kedua : cantik sket. haha



*bulan ketiga : hari jumaat pon sama jugak. walauponn



*sampaikan kat Kelana Jaya pon aktiviti sama. online ~



*bulan keempat : sampai bulan akhir tetap sama wehh


HAHAHA. seriously seronok giler praktikal kat company nih. Apa yang akak tuh selalu ajar aku? Mestila tempat makan best. Semua la dia tahu. Yang tak boleh blah tuh dia pernah ajak kitorang beli nasi bungkus kat kantin polis la. Pastu pergi Pejabat Mahkamah semata-mata sebab roti canai achik kantin dia sedap. HAHA. pon boleh kan? Sporting giler doh akak-akak kat sana. Diorang tak lokek ilmu, tak pernah sombong malah anggap kitorang macam kawan.

Part yang paling best bila waktu bekerja adalah time meeting. Masa tuh kitorang kena buat air untuk serve kat tetamu. Dah macam dayang-dayang senandung yang malu-malu kucing la nak kena letak cawan bagai kan. Bos aku Dato' dan akak-akak kat situ ada cakap yang bos tersangat gatal atau miang. HAHA. Kelakar la. Gatal la lagi bagus. Boleh kitorang bodek dia belanja makan. Kalau dia masuk office memang kitorang selalu serve minuman untuk dia. Dia punya senyum lebar sampai ketelinga. Taik lalat kat dagu dia tak boleh besar lagi. Oppss sorry Dato. hehehe.

Bila ingat-ingat balik terlalu banyak sangat kenang walaupon hanya 4bulan aku kat sana. Kat situ aku banyak belajar setiap individu yang aku kenal. Ada yang dari luaran nampak soft spoken tapi suka melawan, ada yang ayu-ayu tapi sebenarnya gangster jugak, ada yang muka garang tapi sebenarnya baik sangat, ada yang ceria tapi dalam hati banyak cerita sedih. Memang bila fikir ada yang tak elok. Tapi yang eloknya kita dapat faham seseorang dari baik buruknya. Bukan semua orang jahat atau baik. Semua ada karakter masing-masing. Sumpah aku rindu Fairview julai 12 sangat sangattttt. T__T


Walaupun tak seberapa tapi korang bermakna sebab pernah muncul dalam hidup aku <3


Kbai


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: