Monday 4 March 2013

Flaky Egg Tart


Bertemu kembali dalam rancangan masakan bersama Chef Ekin. Menu kita pada hari nih adalah Egg Tart. Sebenarnya dulu aku pernah try buat Egg Tart nih tapi tak berapa sedap sebab pastri dia tak crunch macam yang aku selalu beli dekat Bakery Cottage atau dekat KFC. Diorang punya Egg Tart memang super crunch lagi-lagi makan time panas. Pergh terangkat. Tapi setelah aku meniliti cara diorang buat pastri dan cuba sendiri pada minggu lepas. Dan akhirnya aku berjaya jugak menghasilkan Flaky Egg tart. Yehaa !



Ada sesiapa yang nak belajar buat Egg tart nih dengan aku. Aku bukan lah pakar memasak cuma nak berkongsi kegembiraan sebab dah berjaya memasak. Takkan aku nak kongsi kegembiraan jek mestilah kena kongsi resepi sekali kan kan kan?

Okay mari kita sediakan bahan-bahan dulu. Kita perlukan dua doh pastri.

Bahan-bahan untuk (Butter dough) :
1/2 atau 1 buku buttercup-dipotong dadu
             1 cawan tepung gandum

Langkah pertama : Gaul seperti digentel dengan tangan (basuh tangan dulu) tepung beserta butter sampai jadi doh dan sediakan plastik. Bungkus doh yang dah siap dan mampatkan doh supaya menjadi sebati. Simpan kejap dalam peti sementara kita buat doh yang kedua.


Bahan - bahan (water dough) :
1    cawan tepung gandum
2    biji kuning telur
1/4 cawan air suam

Langkah kedua : Buat lubang pada adunan tepung dan tuangkan kuning telur bersama air. Kacau hingga menjadi doh. Selepas itu tabur tepung atas permukaan untuk mengelakkan doh melekat ketika menguli. Uli hingga doh menjadi sebati.

Langkah ketiga : Guna kayu penggelek untuk memudahkan proses menguli. Keluarkan doh butter dan letakkan pada doh yang di uli sebentar tadi. Letakkan pada tengah-tengah supaya mudah dibalut seperti gambar diatas. Setelah dibalut letak sikit tepung pada permukaan dan balut semula dengan plastik dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.

Langkah keempat : Tujuan doh disimpan dalam peti supaya adunan kedua-dua doh sebati seperti gambar pertama dan mudah untuk digelek. Setelah disimpan beberapa minit, gelek adunan doh hingga menjadi besar. Lipat doh pada dua bahagian seperti dalam gambar dan simpan sekali lagi ke dalam peti sejuk. Kemudian gelek semula doh tersebut.

Langkah kelima : Setelah siap menggelek boleh la tekap acuan bulatan supaya mudah untuk dibentuk menjadi tart nanti. Aku guna cawan jek tak payah beli acuan bagai. Letak tepung sikit kat bekas tart kalau takut nanti dia melekat bila tengah masak. Dan bentukkan cantik dan kemas. Cucuk guna garpu pada permukaan supaya tart masak dengan elok.

Untuk filling egg tart kita
Bahan-bahan :
 2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
   1 sudu kecil esen vanila
   3 biji telur
   3 sudu kecil tepung jagung
   3 sudu kecil tepung kastard

Langkah terakhir : Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau. Masak dengan api yang perlahan. Setelah tuh sejukkan dan kacau lagi. Kemudian boleh la tuang pada tart kita dan bakar dalam suhu 200c selama 20minit sampai keperangan okay.

Macam tula ceritanya. Sambil buat entri nih tengah buat donut. Hee ~





♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: