Sunday 17 March 2013

This is My Baby

Setelah sekian lama menanti, adalah dalam dua minggu kerinduan terubat dengan kepulangan babyku daripada jauh nun di sana. Sudah lama tak ketemu hampir tidak perasan sebab babyku yang dulu sudah berubah wajah. Tenkiu ayah sebab dah menyemarakkan semangatku untuk lebih menjaga dirinya selepas ini. Setiap hari aku sental dia dengan kain, mandikan dia sampai wangi sebab aku sayang dia.

Terima kasih sebab selalu bawak mana saya pergi bila saya perlukan awak, teman saya bila susah, sudi ajak kawan-kawan saya jenjalan, bawak saya pergi drive thru selalu, nak kasi saya gemuk lagi eh? Ohho thanx sangat-sangat sebab dah jadi part of my life. Anyway saya nak bagitahu supaya awak jaga kesihatan awak dan sentiasa baik-baik okay. Ayah susah-susah ubatkan awak kat tempat sakit. Jadi awak kena sentiasa sihat bukan hanya untuk saya, kadang-kadang family saya pon perlukan awak.



TERIMA KASIH LAGI SEKALI AWAK.
SAYANG AWAK ...

takbolehblah

Nak bagi tips sikit kat perempuan yang taktahu nak jaga kereta anda:-

Kena sentiasa check kereta korang lagi-lagi yang pakai kereta terpakai macam aku nih. Sebab dia dah veteran so sensitif laa sikit. Yang pakai kereta baru tuh tak susah nak check.

Service setiap bulan kereta korang so takde la dia tiba-tiba rosak kat tengah jalan. Aku pernah terjadi dah la jauh menapak. Nak kena panggil towing bukan main mahal. Kalau boleh elakkan benda nih berlaku.

Air teramatlah penting untuk kereta. Kalau air kering kereta boleh berasap taw. Nih pon aku pernah terjadi. Nasib baik berlaku betul-betul depan workshop.

Panaskan enjin dahulu sekiranya kereta korang dah lama tak start sebelum bergerak dan jangan teros hidupkan aircond. Jangan main boo jek start enjin, bukak aircond pastu blah. Cannot cannot.


Kalau nak kereta korang sentiasa bersih dan tak berhabuk, ni petua abang aku. Setiap kali korang nak bergerak bawak kereta simbah air kat kereta sikit hilangkan habuk dan kesan najis burung ke kan. Bagus petua nih aku selalu buat. hehe.

Yang paling penting jangan lah memandu laju di jalan raya. Takde faedah bawak laju mendatangkan bahaya lagi adalah terutama perempuan. Lelaki takyah lawan sangat berlagak jek lebih. Jangan memotong, jangan langgar trafik light, bagi signal bila nak cross ke nak berhenti ke. Aku paling pantang orang tak
            bagi signal bila nak cross atau berhenti nikan.

 kbai


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: