Showing posts with label REVIEW BLOG. Show all posts
Showing posts with label REVIEW BLOG. Show all posts

Wednesday, 13 March 2013

Review Blogger: Blogger Fashionista


from Indonesia

Blogger Fashionista yang popular kerana gayanya yang luar biasa.
Aku rasa dia unik, memang up to date n siapa percaya dia dah kahwin?
Muka macam budak sekolah lagi kan. Anyway aku selalu follow blog dia
sebab suka tengok fesyen dia. Macam aku cakap tadi dia "unique" dan comel.



Kalau nak tau dia ada shop blog jual kasut. Uolls boleh searching kat UP shoes



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Wednesday, 6 March 2013

Review Blog : Blogger comel,kiut n hot mama

Malam-malam macam nih seronok kalau belek-belek blog orang. Sambil tuh boleh cuci mata tengok info yang best, gambar yang cantik hensem belaka. haha. Aku memang selalu tidur lambat. So ni la rutin harian aku waktu malam. Maklum la surirumah tak kerja bangun lambat pon takpe.

Okay sebenarnya aku nak share kat korang blog yang selalu aku baca. Dan blog ni la yang pertama sekali dah menambat hati aku dari awal-awal aku berblogger dulu. Sampaikan blog aku hilang pon aku tetap carik dia n jadik follower dia yang setia. Last aku bukak blog dia bulan 10 tahun lepas. Tup tup dia dah kawin dah ada anak sorang pon. Rugi sangat la tak tengok wedding dia sebab husband dia hensem kiranya couple paling sepadan la nih. Nak tau sapa dia?

AILYL ROZANNA


klik AILYL kalau nak jenguk blog dia

Apa yang menarik tentang blog dia mungkin sebab dia selalu update gambar yang cantik n selalu baca rutin dia. Kadang-kadang pandai gak dia buat kelakar. Lagi satu dia macam korean kan. Walaupun nampak biasa tapi ceria maybe sebab blog dia pink n cute. Kalau dulu dia suka buat tutorial mekap, tapi sekarang nih kurang sket sebab dia pon dah ada anak maybe malas kot. Tapi sekarang macam suram sket maybe dia dah bergelar mama so susah sket untuk dia meluangkan masa di depan laptop. Takpe aku faham. Lama jugak la nak tunggu cerita and gambar-gambar menarik lagi pasal dia.

Ada banyak lagi blog yang menarik aku nak review kat korang. Kurang nampak lelaki berblogger. Ada pon update pasal gambar kelakar la, gambar seram la. Takpon photoshoot jek. Boringkan. Nextime aku update blogger-blogger yang aku suka lagi okayy. Bye.

Ooo member aku suruh sign up Tagged. Best ke? hee




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Sunday, 24 February 2013

Review Blog : Blog terindah,tercantik dan tersweet !!

Huii.. cuba teka sekarang dah pukul berapa? Pukul 2 pagi and aku masih berblogging. Gila blogging. Eh takde la aku tak mengantuk la gila. Tiap-tiap hari aku tido pukul 3. Adeh. Ohho by the way malam buta cenggini aku dok sebok skodeng blog orang. Dulu aku selalu gak stalker blog nih and jadi follower dia. Dan baru sekarang aku jumpa balik blog nih. Mak aih indah sungguh bila masuk blog nih. Sumpah sweet. Dengan lagu yang sesuai sangat la dengan pasangan blogger nih. Nak macam dia. hmmmmm..



*wehh comel tak blog die?


Tak caya bukak la blog dia. Dapat rasa keindahan hidup dia macam apa yang kita nak. haha sampai camtuh sekali. Aku dapat rasa kebahagiaan yang dia kecapi dengan si suaminya. Untungkan dia. Dah la cantik plus cute dapat pulak husband yang sweet.

Erm,macam biasa la kalau dah cantik mesti la ada blogshop, pandai dress up dan jadi model part time. Tapi aku rasa dia dah full time ke pe.haha. Tak tak sebab dia ada bisnes. Pastu blogger femes jugak la. Nak tahu lebih lanjut boleh la search irinenadia kat google. 

Esok aku review blog terbaik untuk tatapan sendiri lagi okayy. Bye.


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥