Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

Lepaking,shopping and cinema'ing

Lama sangat dah rasanya tak bershopping.  Apa satu benda pon aku tak pernah beli. Kerja aku dok rumah masak dah macam berlaki pulak pon ade. Aku baru keluar sehari pon family aku dah bising lauk takde la. Ingat aku bibik ke kat rumah tuh. Nasib baik mak bagi gaji. Time kasih mak. Duit gaji uh aku dapat pe lagik teros bershopping. Aku mengidam gila ape-ape jenis tribal pattern baju ke tudung ke. Kebetulan kawan aku ada jual tudung tribal ape lagik teros aku booking. Nasib baik la cepat sebab dah sold out pon.

Lepas jek shopping tudung, ingat nak pergi Alamanda sebab kawan aku nih nak pegi MPH. Kesian kat tempat aku takde pon kedai buku tuh yang ada pon Popular. Yela ada voucher kan amik la buku yang mane kau nak. Tapi tak jadik sebab jauh sangat aku malas gila nak drive. So aku decide pergi AEON jek boleh tengok wayang. Memang dah lama sangat la tak merasa tengok movie baru kat wayang.

Maklum la terperap jek kat rumah. Tapi takde satu pon cerita best. Last-last pilih cerita cinta nih. Mula-mula aku ingat cerita nih macam cinta yang sanggup bertarung nyawa la rupa-rupanya laki tuh zombie dan jatuh cinta dengan manusia. Best rasa macam nak tengok lagi sebab hero dia hensem, heroin dia plak macam bella 'twilight'. Haa cerita dia lebih kurang macam twilight la tapi nih versi 'zombie'.



Oo kat luar negara bulan feb dah keluar. kita yang lambat. 



*trailer dia

Dia macam romantic comedian laa. Comel kot lelaki uh. Kawan aku tengok menjerit-jerit tak duduk diam padahal takde la scary mane pon cerita nih. Sweet lagi adela. haha. Btw hari nih rase nak pergi carefour sebab kawan aku cakap ade baju peplum. Adik aku tetiba pulak nak beli baju uh. heee. Kbai.


Note : Mak and adik aku tibe-tibe rindu nak tengok aku gila-gila punya masak bagai. haha. Kang aku mula gila balik mak aku bising pulak. hmm.



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Tuesday, 12 March 2013

Extremely Loud Increadibly Close



Cerita paling kreatif aku pernah tengok. Cerita nih dah tayang kat channel HBO. Ia mengisahkan seorang anak,Oscar yang kehilangan ayahnya dalam kemalangan kapal terbang yang terhempas kat bangunan tinggi tuh. Sukar untuk menerima kenyataan Oscar telah terjumpa kunci dalam sampul milik bapanya dan sampul tuh ada tulis nama "Black". Tapi itu kunci apa? Jadi dia pon carik la siapa Black yang mungkin taw tentang ayahnya.


Oscar nih punya la takut pada bunyi kenderaan macam kereta, kereta api dan semua la. So dia mengembara dengan hanya berjalan kaki. Untuk menghilangkan rasa takutnya dia sentiasa bawak temboring bersama ketika mencari "Black". Sepanjang pengembaraan dia bawa kamera datuknya dan mengambil gambar setiap orang yang bernama "Black".


Dia telah berkenalan dengan seorang penyewa yang bisu. Setiap percakapan orang tua nih ditulis dalam buku nota. Kalau tengok dalam rumah dia penuh dengan buku nota. Oscar menceritakan pada orang tua nih segala cerita dan hasratnya seorang saja. Dan orang tua nih memahami keadaan budak tuh dan nak tolong teman dia mencari "Black" yang dicari oleh budak tuh. Tapi adakah hasratnya akan mendatangkan hasil?



Cerita yang menyentuh hati aku dan setiap action dia memang cantik. Kreatif sangat ! Ape-ape pon budak nih hensem walaupon budak lagi. Pandai kau berlakon dik :D




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Saturday, 9 March 2013

Fenomena Korea

Baru lepas tengok Running Man marathon tadik. Excited nak tengok sebab Jae suk sangat comel pakai costum belalang. Kepada sesiapa yang belum tengok lagi, pada episod kali nih Min Soo akan membalas dendam atas pengkhianatan pada episod sebelum nih jae Suk yang telah mencabut tag name dan menyikirkan dia. Perbuatan tuh dah membuatkan Min Soo berjanji untuk membalas dendam pada Jae Suk yang ia akan kembali suatu hari nanti. Ternyata kenyataan dia memang betul. Aku yang tengok Min Soo dalam tv pon naik seram sebab dia nampak ganas sangat. Actually dia adalah pelakon aksi lasak so dah tentu la ahli Running Man takut sangat kat dia.



*Jae Suk pakai kostum belalang


By the way, aku bukan nak cerita lebih lanjut sangat pasal game episod kali nih. Aku cuma tertarik dengan Jae suk yang pakai kostum belalang. Dengan rambut dia ala-ala JB masa kanak-kanak. HAHAHA sumpah kelakar. Ohho ada lagi satu gambar yang tak boleh blah masa google pasal Running Man. Cer tengok gambar bawah

*Running Man versi Malaysia

Okay ni memang tak boleh pakai. Kalau nak bagi persamaan watak adalah sikit-sikit. Tapi aku tak rasa diorang akan jadi se'best' korean artis. Hope tayah tiru tapi kena pertingkatkan mutu realiti show Malaysia. Nih tak Kilauan Emas la untuk orang tua. Tak Raja Lawak ke Maharaja Lawak. Same jek. Yang terbaru Siti Ooo Som tah rancangan ape laa yang Kak Siti kita buat tak best langsung. Balik-balik macam tuh jek. Sampaikan aku tiap-tiap malam bukak Korea channel jek sebab Astro memang haprak bagi cerita ulang-ulang. 

Dan ada lagi satu cerita pasal artis Malaysia yang terjah ke Korea untuk menjadi penyanyi ala-ala Kpop.

*credit to girang

Erul bekas pelajar Akedemi Fantasia yang ala-ala Kpop tuh telah masuk satu rancangan realiti dekat Korea taw. Aku ada tengok dan dia sorang jek lelaki yang dapat masuk final. Rancangan nih macam juri Korea akan mencari bakat macam Kpop style dari seluruh Asia dan sudah tentu la Erul wakilnya. Dia telah menang pertandingan untuk Malaysia dan tempat kedua pada Kpop Star Hunt 2. Masa final tuh yang aku ingat dia nyanyi lagu I'll be back from 2pm. Macam tak best lagu tuh mungkin sebab tuh dia hanya dapat tempat kedua.

Erul nervous tunggu keputusan pemenang.
Tapi hensem kan? Memang Kpop la dia !!

Tak kesah la dapat no 2 yang penting aku rasa orang Korea dah mula suka kat dia kan. Apa-apa pon cinta aku pada Running Man semakin menebal. Terima kasih la sebab dah buat malam-malam aku menjadi gelak tawa yang besar sampaikan selalu gak kena marah dengan mak sebab memekak malam-malam tengok Running Man yang gila-gila semuanya. Mula-mula aku suka Jong Kook sebab dia selalu menang, Tapi kejap aku suka Gary sebab dia comel, kejap aku suka Kwang Soo sebab bodoh-bodoh pon dia hensem. Suka sangat and teringin nak download full version dia tapi banyak sangat episod. Baik aku tengok kat tv jek.


Hmm hope industri Malaysia dapat setanding Korea yang tup tup dah menaikkan nama negara diorang bukan saja pada peringkat Asia malah peringkat dunia. Sayang Korea ! Cinta Malaysia ! Boleh tak? haha



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Monday, 18 February 2013

Maya Karin, Kate Midleton Malaysia

Bila tengok rancangan ulangan Ratu Sehari kat TV rasa nak kahwin pulak.hehe. Lagi-lagi pengacaranya adalah wanita paling cantik di kalangan artis. Siapa lagi kalau bukan Maya Karin si jelita rupawan. Bila aku tengok lama-lama muka dia dengan pakai baju pengantin sebiji macam Kate Midleton. Kalau tengok dua tiga kali la bagi aku. Tak tau pulak macamana pandangan korang. Muehehe. Tak caya cuba tengok gambar nih.

      


Aku ade tengok gambar dia dengan si bekas husband dia tuh. Lagila menampakkan mereka ni sama dengan Kate and suami tuh.


 
 

Haa cube tengok betul-betul kan sama tuh?? Aku dah cakap dah. Fuhh tapi aku tak tau la tu time bila Maya Karin dengan ex dia pakai formal memang ada class. Tapi tup tup dah cerai apa bodoh punya mat saleh perempuan punya la cantik, lemah lebut macam tuh pon kau tinggalkan. Anyway takpelah dia cerai pon sebab lelaki tuh mane nak duduk Malaysia kan. Kesian dengan Maya Karin sampai sekarang single. Jangan jadi macam sorang artis janda tu dah la. Aku dah tengok dari hujung rambut sampai ke kaki tegang jek kulit. Cepat-cepat la temu jodoh. Ade lagi kepada Nora Danish yang kiut miut tuh, Rozita Che Wan yang hot. Harap semuanya dapat calon suami yang baik, beriman n hensem. Boleh didik isteri dah boleh la kahwin cepat-cepat.

NOTE : Doakan aku dapat jodoh jugak yek. Jeles tengok kawan-kawan ramai dah kahwin tunang bagai. Hekhek.



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Thursday, 14 February 2013

Valentines Day adalah Hari Cekup Sedunia

Menjelang tengah malam 14 Februari yang lepas adalah Hari Valentines atau nama bagi budak-budak melayu kat sini panggil Hari Kekasih ( ini semua poyo ). Dah dibilang, dah diberitahu, dah diajar bahawasanya Hari Valentines itu adalah HARAM bagi umat islam menyambutnya. Mungkin ada segelintir manusia yang tidak memahami dan cetek ilmunya. Jangan salahkan mereka kalau ada budak sebelas tahun dah pandai "check in" dan melakukan perkara tidak senonoh dan melakukan perkara yang dilarang. *Subhanallah.


*salah siapa kalau mereka jadi macam ni?

Yang tak boleh blah tuh perempuan tu rilek selamba dek jek macam takde pe2 berlaku. Kalau la budak lelaki tu takde duit nak balik nak tumpang tido, si pompuan tu ada pulak duit nak check in hotel? Pandai la korang create story yang terang-terang membohong. Hurm, tak taw la nak cakap pe. Budak lagi kot. 

Apa punca mereka melakukan perkara yang tidak terbatas ini dan sanggup melakukan dosa?
Masalah utama yang kita kena titik beratkan adalah 

 

IMAN - memang kalau kita pikirkan pokok pangkalnya kita berbalik pada ajaranNya. Setiap yang berlaku ketentuan Allah. Tapi  sekiranya  kita ada Iman dalam diri kita pasti Allah akan  bantu kita untuk mengatasi baik buruk yang akan berlaku.

  

INTERNET - Kenapa   aku cakap internet boleh buat manusia terpesong? Sebab kita terlalu terdedah dengan environment, budaya, cara barat yang ke arah negatif. Umat Islam di dunia kena lebih tegas dalam isu seperti ini dan kalau boleh block kan segala apa jadah la pasal dunia negatif mereka. Tak payah la aku nak  bagi  contoh apa  yang  patut  dibuang sebab korang semua pon tawu.  Budak sekolah rendah pon taw la.

  

IBU BAPA - Aku taknak salahkan ibu bapa tapi kita kena akui jugak bahawa peranan ibu bapa teramat la penting untuk mendidik insan yang bergelar anak. Aku takut nak bagi pendapat tentang ibu bapa sebab suatu hari pon aku akan jadi ibu kepada seorang anak. Memang tanggungjawab mereka teramat la berat kerana segala kesilapan, kejayaan, mereka merasai bersama.



 SEKOLAH - Apa  kena  mengena  dengan  sekolah?  Petang  tadi  aku  baru  terpikir, kalau umat Islam terutama dalam  Malaysia  takut  dengan  mereka  yang  terpesong  akidah seperti  ini  kenapa  tidak  dididik mereka dari sekolah.  Aku paling suka kalau pelajar  Melayu Islam diasingkan dengan pelajar kaum lain kalau boleh semua  buat macam kat  sekolah pondok.  Aku  rasa  kalau sekolah diasing dengan pelajar Islam mungkin budaya lain mereka tidak ikut.
WALLAHUALAM

Walaumacammana pon aku nak mintak maaf sebab share video ni bukan untuk memalukan sesiapa tapi sebagai pengajaran untuk mereka yang diluar sana. Lagi satut patotnye kita nak tayang kat orang ramai siarkan la yang ade moralnya macam JAWI bagi nasihat ke pe ke. Ni dok tayang cerita diorang yang boleh mengaibkan. Komen banyak-banyak pon kalau kita tak sedar tak guna jugak. Dunia di akhir zaman. Ya Allah takutnya bila dipikirkan. Mintak jauh la semua tuh. Amalan aku tipis lagi tak sempurna. Jauhi la kami dari perkara-perkara yang tidak diinginiMu. Amin.

NOTE : Lagi satu kes mati jatuh dari tingkat berapa ntah dekat Times Square. Macam mana pulak tuh? Haih entah la dunia-dunia.




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥