Showing posts with label QUOTE. Show all posts
Showing posts with label QUOTE. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

Kena ke ikut pantang larang orang tua?

Aku pertama kali rasa bila buat sesuatu la ada jek pantang dilarang buat tu la buat ni la. Yela sejak makcik aku duduk rumah aku macam-macam pantang dikatakan. Aku bukan la tak percaya pantang-pantang nih semua. Tapi kalau dah semuanya berpantang leceh la hidup nih. Kalau pantang bersalin tuh ramai la orang buat. Itu pon dah dimodenkan. Takde pantang dolu-dolu lagi.

Rimas pulak bila buat benda sikit ehh orang dulu pantang buat cenggitu ehh orang dulu pantang buat camnih. Ahh malas aku nak layan. Yela orang dulu-dulu buat pantang macam-macam sebab taknak orang macam aku nih degil tak dengar kata. Ok la jugak tapi zaman sekarang nih memang takde pantang-pantang dah. Biasa orang berani buat apa jek. Perempuan pon dah berani keluar rumah bekerja time mengandung 8bulan. Padahal zaman dulu ehhh pantang kalau angkat barang sikit time mengandungkan. Biasa la perempuan zaman sekarang nih berdikari sebab lelaki slow sangat sekarang.

Dan biasa kita dengar jangan nyanyi time masak nanti dapat lelaki tua. Klise la semua tuh benda kalau soal jodoh nih takyah tunggu nak nyanyi kat dapur la baru dapat suami tua. Yela pantang orang tua kan kita taktau la motif dia. Ada lagi baru tadik makcik aku cakap, time tengah syok pakai toner kat muka, kak jangan basuh muka dalam gelap nanti muka pon jadi gelap. Ada ke pantang yang tuh? Ke makcik aku nih mereka-reka jek pandai jek. hahaha. Yang biasa kita dengar macam


 
kalau bersiul malam-malam ular datang rumah

 
kalau baring silang kaki nanti mak mati. err camtu sekali ke?

 
kalau makan alih-alih tempat nanti kahwin banyak kali
*credit images by zyraroxx

Macam-macam lakan.  Suka jugak dengar pantang la adat resam zaman dulu-dulu. Mungkin ada sebab diorang cipta pantang-pantang nih semua. Aku tak kesah kalau nak ikot semua nih tapi janganlah sampai setiap masa ada jek yang tak kena aku buat. Yela takboleh melawan cakap orang tua. Faham tuh. Tak ramai dah yang ikut semua nih yela zaman nak sampai wawasan 2020 so tak kesah dah kahwin ramai ke orang tua ke. Jangan sampai langgar agama sudah la. Pantang larang agama tuh yela kita kena ikut tak kira zaman dulu ke sekarang. Betol tak ? 

Note : Aku dah lama tak buat kek. Ada pantang jugak ke bab-bab memasak nih?



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Monday, 18 March 2013

Kisah Suami Isteri

Si suami kuat bekerja tak kira masa siang sampai ke malam, malam sampai ke pagi. Hanya untuk memberi kesenangan pada si isteri dan anak-anak. Suami terlalu rajin bekerja hinggakan beliau dinaikkan pangkat atas usaha sendiri. Si suami mula berubah dan lupa diri. Ini akibat ajakan kawan untuk lebih menjaga keterampilan diri, sikap menunjuk-nunjuk dan bangga pada kejayaan yang dikecapi. Hinggakan beliau lupa pada tanggungjawab pada si isteri dan anak-anak, lupa pada suruhan Ilahi. Mula menjadi sombong, kedekut dan sayang pada duit hasil usaha sendiri. Perubahan ketara mula dilihat.

Si isteri merasa bimbang dengan perubahan mendadak si suami lalu telah menegur apa yang silap. Lelaki pantang ditegur. Ego mereka terlalu tinggi hinggakan boleh membawa permasalahan yang besar. Si isteri mula memprotes diri tanpa melayan si suami. Si suami mula menyalahkan si isteri. Si isteri pula menyalahkan si suami. Mana silapnya?

Sikit demi sedikit hati mereka berubah dek kerana sikap mereka. Tahun pertama, tidur sebilik tapi berdiam diri tidak menegur sapa. Tahun kedua, si suami mula tidur di sofa menjauhkan diri dengan si isteri. Tahun ketiga, si suami mula keluar rumah sehari,seminggu,sebulan. Jauh.. Semakin hari semakin jauh.. Terlalu jauh untuk digapai.. Cinta mereka semakin jauh.. Hinggakan sekeliling heboh bertanya apa puncanya?? Tiada siapa mendapat jawapan. Hanya mereka dapat merungkaikan.

Hampir setahun jarak memisahkan mereka. Si isteri sering bertanya pada anak-anak, apa salah mereka? Anak-anak seolah memahami ibu bapa mereka. Terlalu banyak spekulasi orang ramai terhadap mereka. Kalau si suami ada orang ketiga dah lama kahwinnya, kalau si isteri tuntut cerai dah lama cerainya. Pada luaran mereka kata benci tetapi pada hati mereka saling sayang-menyayangi.

Bayangkan hampir setahun terpisah andai suatu hari nanti mereka bersatu semula, bagaikan pengantin baru rasanya. Hampir setahun tak bertegur sapa, hampir setahun tak bersua muka walaupon berjumpa. Indah bukan? Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya. Selama mana ujian yang diberi, jika kita bersabar suatu hari nanti ganjarannya berlipat kali ganda. InsyaAllah.


Note : Duhai suami dan isteri, Bersabarlah dengan ujian Allah. Sekiranya Allah ingin melihat sekuat mana iman
         kita serta pasangan. Sesungguhnya syaitan teramat suka sekiranya runtuhnya sebuah pertalian.



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Friday, 8 March 2013

Khas Buat Bakal Suamiku


Surat untuk bakal suamiku,

Kehadapan bakal suami yang tercinta,
andai kau adalah jodohku akan aku redha dan aku akan menerimamu seadanya. Cuma ada seberapa perkara yang aku minta padamu. Dengarlah..

Pimpinlah aku.. ke masjid, majlis agama supaya aku tidak lalai ke jalan yang tidak benar. Aku akui kadan-kadang aku lalai dengan suruhan Allah. Aku ingin engkau bawa aku kesyurga bersamamu.

Didiklah aku.. menjadi wanita yang solehah, hormat kepada kedua ibu bapamu, saling bertolak ansur, tidak merungut dan tidak meminta-minta.

Ajarlah aku.. mengaji Al-Quran, sembahyang berjemaah, puasa bersama dan menunaikan haji bersama jika berkemampuan.

Tegurlah aku.. kalau aku kuat cemburu, kalau aku malas masak, kalau aku tidak solat, kalau aku kuat melawan, kalau aku tidak melayanmu.

Berilah semangat kepada aku.. jika aku sedih, jika aku sakit, jika aku kecewa, jika aku keseorangan, jika aku berputus asa, jika aku letih dan jika aku lemah.

Didik dan sayangilah anak-anak.. kerana mereka akan menceriakan hidup kita, mengikut jejak langkah kita, menjadi warismu yang dibanggakan dan menjadi anak-anak yang soleh solehah.

Bahagiakanlah aku.. sememangnya aku memerlukanmu hingga ke akhir hayat dan sampai ke syurga.

Sekian,
Daripada bakal isterimu <3




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Monday, 25 February 2013

Hayati KebesaranNya

*Taubat Nasuha by Hafiz Hamidun

Bila dengar zikir nih hampir menitis airmata aku.
Sepanjang hidup aku terlalu banyak mensia-siakan 
dengan masa dengan benda yang mengarut
dengan perkara yang tak mendatangkan hasil
dengan sesuatu yang merugikan.

Langsung tak sedetik pon dihati 
untuk mengingatimu
menurut segala perintahMu
dengan berzikir
berdoa di tengah malam
hayati makna ayat Al-Quran

Ya Allah aku lalai 
dengan 
tanggungjawabku
Terimalah taubatku.

Jadikanlah aku hambaMu yang solehah.
Berikanlah pentunjukMu dan hidayahMu
Jauhi lah aku dari perkara yang memudaratkan.
Jauhilah aku dari maksiat.
Ampunkan dosa-dosaku
Kau lindungilah hambamu yang kerdil ini
Kau makbulkanlah doaku
AMIN YA RABBAL ALAMIN


Pejamkan mata dan hayati zikir taubat nasuha ini


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Saturday, 16 February 2013

Perangai Manusia

Dengarlah kata..
Bila aku sebut begitu, bukan aku memaksa.
Tapi minta manusia berubah.
Manusia yang dengar cakap.
Manusia yang dengar kata.

Kenapa kau ego?
Kenapa kau angkuh?
Kenapa kau taknak mengalah?
Walau kau tau kau salah.

Berubahlah..

Untuk orang lain
Untuk orang sekeliling
Untuk orang yang dikasihi
Untuk diri kau sendiri

Apa yang kau dapat kalau kau melawan?
Kau puas hati?
Kau happy?

Bahkan kau merosakkan kebahagiaan !!

Dengarlah pesanan ini..


Kau jahat manusia jahat
Kau baik manusia baik
Kau berubah manusia berubah
Bukankah ini lebih baik?



Luahan hati nurani
Dariku,
Ashekin Razali



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥