Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Monday, 25 March 2013

Jom Diet

Ala malu la baju dah ketat. Pakai baju yang lama-lama nampai jek buncit-buncit tuh. Kalau duduk kena tersipu-sipu la sebab baju dah kecik kan. Biasa boleh terkangkang duduk pon tak kisah. hee. Nak diet boleh? Boleh la toqqq. Diet bukan untuk orang lain untuk kita jugak. Kalau dah kurus nanti banyak kebaikan dia baju senang carik, boyfriend senang carik dan yang paling penting hidup sihat. Dulu aku pernah cuba herbalife. Bila sebut jek herbalife orang dah taw produk nih mahal gila so orang taknak cuba. Aku pon anggapan macam tuh jugak dulu. Tapi macamana boleh terjebak?

Kawan aku tengok dalam FB perubahan ketara. Dulu berisi macam aku tapi dah nampak slim. Ramai orang tanya termasukla aku sekali.hehe. Dan dia teros nak share rahsia dengan ajak aku pergi ke tempat macamana dia boleh berubah. Niat aku memang nak kurus so aku pon ikot jela. Bila masuk dalam kelab nih aku masih takfaham ini kelab apa? Sebab nampak macam ramai orang tu daripada sebaya aku. Kebetulan ada sorang kawan pon interesting dengan kurus kitorang pergi together. Masuk-masuk dia prepare air untuk kita minum. Aku ingat mineral water yang diletak dalam cup plastik rupanya rasa dia pelik tapi bajet minom la sebab orang dok usha jekan.

Aku pon sok sek sok sek dengan membe aku nih. Dia explain satu-satu fungsi air nih so now aku dah faham yang nih memang herbalife. Mula-mula memang rasa taknak join sebab mahal sangat, tapi lepas dengar intro pasal benda nih aku dengan membe cepat teros join. Hampir dua bulan aku dengan kawan-kawan aku berazam tok kurangkan berat badan akhirnya berjaya. Aku hilang 10kg dalam masa sebulan lebih jek. Dibantu dengan corch kami yang kacak lagi bergaya, semangat menebal la. huhu.

Semalam mak aku cakap yang herbalife nih tak bagus sebab dia tak sihat la ape la. Pastu aku explain kat dia yang herbalife nih hanya makanan sampingan untuk bantu kita sekiranya nak diet. Tapi ada orang mencelah lagi "Aah herbalife takbagus. Dia kena makan selalu tengok la lepas kau takmakan naik mendadak badan". Kan aku cakap dia hanya makanan sampingan tapi diorang nih takfaham la. Kurus ke tidak diri kita sendiri kena usaha makan makanan berkhasiat dan senaman tuh memang penting. Aku naik beratbadan sebab tak jaga makan dan senaman.

Tapi silap besar sangat aku tak teroskan usaha aku nih. Sekarang berat badan aku naik balik tambah-tambah bila aku menganggur nih. Kerja masak-masak jek then makan. Pastu sekarang sibuk belajar buat cupcake la, dessert manis-manis yang berlemak tuh. Lagi tiap-tiap hari masak sedap tok family aku. So makan jek rutin aku. Dengan feveret Mcdonal KFC kalau hujung minggu. So sesiapa boleh bagitaw aku macamana nak elakkan semua nih???

Mana la badan tak naik. Silap besar sangat. Aku macam nak berazam tok kurangkan berat badan lagila. Rasa buang masa sangat bila duduk kat rumah takbuat apa-apa tapi taknak diet. Mane ntah pergi semangat aku yang dulu? Sanggup berhabis 7liter air kosong la, makan salad sahaja, beli buah banyak-banyak then breakfast oat jek. Beli biskut oat banyak-banyak makan tuh sahaja. Lepas tuh pergi gym tiap-tiap malam lepas balik kerja. Buat senamrobik pagi ahad and poco-poco. Sumpah rindu.

Kalori yang kita perlu bakar untuk turunkan berat badan. Susah kan?


Aku taktau macam mana nak tekankan kat diri untuk berdiet tapi aku harap aku dapat semangat tuh lagi sekali. Bagi aku peluang tuh untuk teroskan usaha aku lagi. Plissssssss :(


AMALKAN HIDUP SIHAT


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Sunday, 17 March 2013

This is My Baby

Setelah sekian lama menanti, adalah dalam dua minggu kerinduan terubat dengan kepulangan babyku daripada jauh nun di sana. Sudah lama tak ketemu hampir tidak perasan sebab babyku yang dulu sudah berubah wajah. Tenkiu ayah sebab dah menyemarakkan semangatku untuk lebih menjaga dirinya selepas ini. Setiap hari aku sental dia dengan kain, mandikan dia sampai wangi sebab aku sayang dia.

Terima kasih sebab selalu bawak mana saya pergi bila saya perlukan awak, teman saya bila susah, sudi ajak kawan-kawan saya jenjalan, bawak saya pergi drive thru selalu, nak kasi saya gemuk lagi eh? Ohho thanx sangat-sangat sebab dah jadi part of my life. Anyway saya nak bagitahu supaya awak jaga kesihatan awak dan sentiasa baik-baik okay. Ayah susah-susah ubatkan awak kat tempat sakit. Jadi awak kena sentiasa sihat bukan hanya untuk saya, kadang-kadang family saya pon perlukan awak.



TERIMA KASIH LAGI SEKALI AWAK.
SAYANG AWAK ...

takbolehblah

Nak bagi tips sikit kat perempuan yang taktahu nak jaga kereta anda:-

Kena sentiasa check kereta korang lagi-lagi yang pakai kereta terpakai macam aku nih. Sebab dia dah veteran so sensitif laa sikit. Yang pakai kereta baru tuh tak susah nak check.

Service setiap bulan kereta korang so takde la dia tiba-tiba rosak kat tengah jalan. Aku pernah terjadi dah la jauh menapak. Nak kena panggil towing bukan main mahal. Kalau boleh elakkan benda nih berlaku.

Air teramatlah penting untuk kereta. Kalau air kering kereta boleh berasap taw. Nih pon aku pernah terjadi. Nasib baik berlaku betul-betul depan workshop.

Panaskan enjin dahulu sekiranya kereta korang dah lama tak start sebelum bergerak dan jangan teros hidupkan aircond. Jangan main boo jek start enjin, bukak aircond pastu blah. Cannot cannot.


Kalau nak kereta korang sentiasa bersih dan tak berhabuk, ni petua abang aku. Setiap kali korang nak bergerak bawak kereta simbah air kat kereta sikit hilangkan habuk dan kesan najis burung ke kan. Bagus petua nih aku selalu buat. hehe.

Yang paling penting jangan lah memandu laju di jalan raya. Takde faedah bawak laju mendatangkan bahaya lagi adalah terutama perempuan. Lelaki takyah lawan sangat berlagak jek lebih. Jangan memotong, jangan langgar trafik light, bagi signal bila nak cross ke nak berhenti ke. Aku paling pantang orang tak
            bagi signal bila nak cross atau berhenti nikan.

 kbai


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Saturday, 16 March 2013

Khas untuk sesiapa yang minat buat cupcake


Adeh takley tido laa panas sangat malam nih. Padahal siang tadik hujan kemain lebat kat sini. Tengah malam ni dok berpikir sambil jenguk blog orang lain. Haa kan nak cerita pasal apa yang ada dalam buku resipi Lyn Hassan chef terkenal tuh. Dah takpayah susah-susah setiap kali nak masak cupcake kena search internet bukak Youtube bagai. huhu. Kalau uolls nak tawu apa ada dalam buku tuh yang buat aku teros beli?


Pertama sekali dia bagi panduan atau tips untuk dapatkan hasil masakan kita lebih baik dan sedap. Dalam halaman nih dia ada bagitahu bahan-bahan apa yang patut digunakan atau elakkan, pasal oven la. Baguskan?



Lepas tuh dia dah bagitahu bahan asas atau bahan utama untuk buat cupcake nih. So bahan-bahan nih wajib ada kalau nak buat cupcake. Dan dia ceritakan mentega apa yang dia pakai, telur jenis apa yang dia guna dan bahan-bahan lain semua dia sertakan sekali. Best senang kerja aku nak belajar ^_^



Seterusnya bahan-bahan untuk mebuat cupcake nih mesti ada. Sekarang nih aku cuma takde pencedok aiskrim jek lagik. Haha gebang jek lebih. Memang kalau boleh nak belajar betul-betul amik kursus tapi macam tak direstui. Jadik aku amik inisiatif untuk belajar sendiri berdasarkan buku. 



Yang paling membuatkan aku lagi excited nak belajar buat semua cupcake adalah resipi yang pelbagai. Ada red velvet, oreo cheese, chocolate ganache dan banyakkkkkk lagila. Aku akan cuba buat satu-satu sampai la jadi pakar cupcake yang termuda di Cheras. muahaha menggelabah !



Dan last sekali masa untuk hiasan cupcake. Frosting ! Dalam halaman nih dia siap ajar cara-cara nak buat hiasan bentuk apa sahaja yang kita nak. Ada dua jenis frosting yang dia ajar. Buttercream dan fondant. Aku nak cuba buat la nanti. Nak try fondant pulak. Okay sabar ye ekin satu-satu.

Jadik first project aku untuk kawan-kawan aku. Bulan depan April aku akan buat reunion besar-besaran dengan roomate aku. Aku nak bagi special gift untuk diorang dan sambil tuh nak promote sket kat diorang an. Harap-harap diorang suka dan mana taw suatu hari nanti ada tempahan pulak. Doakan la berjaya. Amin.


Note : Sesiapa yang nak buku resipi nih korang carikla kat kedai buku yang bertajuk Kek Cawan by Lynn
          Hassan.



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Monday, 11 March 2013

Tips Mencantikkan Bilik Sendiri

Kepada remaja-remaja di luar sana yang tak cukup bajet nak hias bilik tiru lah macam saya. hehe. Sebenarnya dah lama dah aku hias bilik nih. Aku hias dengan titik peluh aku. Dalam masa 3hari aku telah mengecat bilik aku betukar menjadi pinky. Sebelum nih memang bilik aku kusam n tak ceria langsung. Sesiapa yang masih belajar time-time cuti sem tuh lama sangat kan bosan-bosan boleh la buat perubahan sket kat bilik tuh.

First sekali peranan penting bagi bilik tidur adalah warna dinding bilik korang. Jangan pilih warna gelap sebab ini tidak akan menceriakan bilik korang dan bilik akan nampak kecik.

Yang kedua korang kena pandai dan kreatif untuk mendekorasikan bilik korang macam letak langsir dan wallpaper yang comel-comel bagi pompuan yang cute macam aku nih. Yang lelaki selalunya tampal sticker bola la, kereta lumba la kan kan. Macam pompuan nih dia sweet-sweet sket jiwang lebih jek pompuan nih letak bunga la love-love la.haha

  
*sori if tak cantik. muahaha


-cat pink, wallpaper love-love dan langsir pon love. Baru la gigirl. hoho
-cadar pon kena la ikot tema warne pink. yang penting kena selalu kemas ye anak dara.

Simple but nice jek sebab kena la pada bajet student macam kita kan. Tapi sekarang aku bukan student dah jadi penganggur tegar duduk rumah. hee. Tengokla katil pon double lagi masih share bilik dengan adik aku. Kesian dia selalu mintak kat ayah aku dia nak bilik sorang tapi permintaan kadang-kadang tak semuanya dapat walaupon menerima kata-kata manis. haha. Patotnye aku yang mintak bilik sorang sebab aku dah besar. huh

 
*painting frame ni adik n aku buat sendiri. Cantik tak??

Sebenarnya painting nih bukanlah aku atau adik aku yang lukis. Kitrang cuma colourkan dengan penuh sabar jek. Masa kitorang tengah jalan-jalan melepak kat satu kedai buku nih adala kitorang terjumpa banyak sangat painting colour ni. Ada pelbagai saiz dan dia siap sediakan berus n water colour sekali kate kau. Kita just follow step yang diberikan untuk colour. Senangkan n nampak macam hasil karya sendiri plak siap draw nama kat frame tuh. Hehe.




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Sunday, 24 February 2013

Mari ajar mereka menabung

Now tengah bosan sambil tunggu pukul 3 nanti ada interview. Tengah bingung sebenarnya transport takde macamana nak pergi interview nih? Takkan tak pergi. Ahhh pening..pening.. Ape-ape pon nak cerita pasal menabung nih. Malam semalam adik aku dok sebok korek tabung dia. Sebenarnya tak elok mengira duit malam-malam. Adik aku tanya kenape eh tak boleh? Aku cakap la..

" kalau orang kira duit dia malam-malam orang kata nanti duit dia akan hilang. 
tak tau la toyol ke pencuri yang amik. *mengarut"

*banyak nih jeles pulak aku tengok

Adik aku berkerut. haha. Lantak la kitorang kira gak. Pastu tiba-tiba maklong datang mencelah. Dia bagi tips kalau nak menabung dah banyak-banyak pastu acik nak kira jekan leceh tol tak? Dia cakap duit siling tuh kita asingkan dalam rm5 ke, rm10 ke dan masukkan dalam plastik balut-balut. Pastu tulis atas plastik tuh jumlah duit yang korang masukkan. So kita tak payah kira dah bila dah masuk dalam plastik. Haa okay gak kan.

Kan bagus kalau kita ajar budak-budak menabung dari awal. Kalau dah dari budak menabung, lama-lama duit pon menggunung. Nanti dah besar nak sambung belajar tak payah buat pinjaman macam aku nih. Sebok anta surat suruh bayar la. Sampai ke tua baru habis bayar kot pinjaman nih.

Nasihat aku tok adik-adik yang berblogging nih, mula la menabung dari sekarang dan jangan pulak gunakan duit tuh untuk topup la, beli gadget yang hebat-hebat. Motif sebab nak tayang kat member sekolah. Tak payah semua tuh.

NOTE : Mulai hari nih aku pon nak menabung macam adik aku. *telambat T_T


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥