Wednesday, 20 February 2013

BHH Sayangku Dibawa Pergi T_T

Pagi-pagi lagi aku dah letak kereta aku kat porch depan rumah aku sebab nak basuh. Dari jauh aku tengok dia kiut miut sangat macam la tuan empunya kereta jugak. Nama dia BHH. hehe. Aku basuh dengan belaian manja aku sental mane yang kotor kat badan dia. SPLASHHH !! *getah paip tecabut pulak. Aku pancut air kuat sangat kot. Habis basah baju ampaian sebab paip dekat jek gan baju.

Kring.. Kringgg... 

Alamak ada orang kol. Aku pon berlari anak ibarat panda berlari. Ahhh.. tak sempat jawab pulak. Empat miskol daripada ayah??!! Ohh nooo. Kring..kring.. adik aku. Padahal dia kat sekolah boleh kol aku. Maklum la peraturan bawak handphone kat sekolah dah takde.

"Hello, kakak ! ayah ada kol kau tak ? Dia kol aku and marah-marah sebab kau tak angkat kol dia. Kau pegi mane haaaa??? "

"Sori-sori tak dengar la dia kol. Muehehehe. Ayah nak apa ?"

"Ntah dia. Nanti dia kol jangan tak dengar pulak. Angkat !! Grrr bazir kredit aku jek "

Tut.. Tut.. Tut..

Haiii garang betul adik aku. Apela yang ayah nak eh. Dah sekarang pergi mane-mane aku pegang handphone jek. Kring..kring.. okayy ayah kol lagi. Kali nih aku dapat menangkap kesan signal deringan panggilan dari ayah aku.

"Hello ayah"

"Haa mane kau pergi ayah kol banyak kali tak angkat?"

"Sori sori tak angkat kol. Telefon dekat dalam bilik la tadi tak perasan ayah kol"

" Ayah nak amik kereta kau pergi service and renovate sket. Lama la sket dalam seminggu dua"

"Haa lamanye. Ohho nak renovate? boleh la boleh. "

"Kay japgi time rehat ayah amik kereta"

Wuhuuuu nak renovate kereta la. Bertambah comel la kereta aku lepas nih. Thank you so much ayah. U are the best ayah forever. Bila ayah dah amik kereta bapak la bosannye dok rumah jek. Pandang luar tingkap kosong jek takde pon kereta. Tibe-tibe gedik nak sedih rindu kereta. Pastu aku cakap sorang-sorang. Konon nak bagi pesanan kat kereta la.

" Baby jaga diri elok-elok taw. Nanti ayah mekap dia cantik-cantik. Lancarkan pemanduan bila aku memandu nanti kay "

Tak boleh blah cakap dengan kereta camtuh. Setiap kali aku nak drive bila masuk kereta aku akan cakap "hai baby i miss u". So dia pon comelkan diri bawa aku dengan baik. Komunikasi tuh penting. Takdela dia meragam nanti.hehe. Banyak giler kot kenangan aku dengan dia lagi-lagi time aku masih study. Kereta ni pernah sampai Melaka, PD, Ipoh. Walaupon dia comel tapi kuat. Masa dulu kalau apa-apa jadi kat kereta aku terpaksa guna duit elaun jek tok repair. Pernah sekali tuh pergi bercuti dengan kawan kereta meragam tak boleh balik. Pastu habis aku kena marah dengan ayah aku. Tula akibatnya kalau huhahuha taknak bagitaw parents. So kereta aku yang merajuk sebab aku senyap-senyap bawak dia jauh-jauh. *menangis.


*kenangan bersama BHH kesayangan.

Aiiii tak sabar nak tengok macamana keadaan dia bila ayah bawak balik nanti. Hope okay-okay la dia jadinya. Semoga cepat pulang BHH !! Saje taknak tunjuk diri dia. Nak eksyen tunjuk kat korang bila dia dah kuar bengkel nanti. Siap basuh lagi nanti. K bye.


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

2 comments:

Domo said...

bhh msti rindu kat aku jgak LOL

Unknown said...

Sengal. aku lagi rindu kereta krek krek kau. haha aku tak taw pe no plat keta ko so aku pggil die "krek2"