Tuesday 19 February 2013

Cream Puff Nyummy Nyummy


Haiii hari nih aku belajar buat Cream Puff berinti kastard krim. Aku tak pernah terpikir nak belajar buat Cream Puff nih apatah lagi merasa makan benda nih. Aku tertarik nak buat pon sebab terbukak entri si Cik Epal tu ha. Banyak pulak resepi yang dia letak. Pastu aku bukak la resepi Cream Puff nih kat Youtube. Tengok video die pon gempak la sebab HD style. Sedap pulak ape lagi hari ni jugak aku buat. Tapi aku ikut resepi lain cuma dia buat krim biasa dekat Youtube. Kalau korang nak tengok klik kat SINI

Meh aku ajarkan macamana nak buat benda comel nih. Aku ikut resepi Cik Epal.

Mempersembahkan..

Bahan-bahan ( untuk Puff ) :

1/2  cawan Unsalted Butter ( 125g )
   1  cawan air (250ml )
   1  cawan tepung gandum ( 150g )-diayak ( aku guna tepung kek )
1/2  gula kastor
1/2  sudu kecil garam
   2  biji telur
   1  sudu kecil esen vanilla

Cara - cara nak buat camnih..

Dengan api yang perlahan masukkan butter. Bila dah cair masukkan gula dan air. Kacau sampai la gula tuh cair sebati dengan bahan tadi. Haa comel tak aku punya benda pengacau warne hijau gituuuu ~~

Lepas tuh letakkan tepung yang dah diayak tuh. Oo oo lupa nak cakap matikan api dulu sebab takot terbakar pulak adunan nih. Gaul guna spatula senang sikit. Sorila macam berketul sikit saya budak baru belajar. Gaul n gaul n gaul sampai la adunan jadi sebati la macam biasa.

Lepas jek korang kacau sebati bukak balik api tapi dengan api perlahan la. Pastu pecahkan telur sebiji jek dulu dan kacau. Pecahkan lagi sebiji telur dan kacau la sampai korang naik boring. Suka kacau tak ? Kacau la kalau nak buat betul - betul. Muehehe.

Korang kena kacau jek sebab kalau tak nanti dia berketul-ketul. Pastu dah sebati semua bahan-bahan tadi tuangkan sedikit esen vanilla yang dah disukat tadi. Pastu kacau la lagi kan kan kannn.

Bila dah setel semua masa untuk masukkannya dalam oven. Kalau nak cantik masukkan adunan dalam piping bag baru kemas. Tapi aku malas nak basuh nanti so aku pakai plastik biasa jek. Cuma gunting sket kat bucu plastik tuh jadi la piping bag korang. Pakai plastik boleh buang terus. Ok dah boleh pipe macam aku buat tuh.

Jadik la macam ni. Dah macam ape tah kan maklum la firstime buat. Kalau nak cantik korang tacap-tacap la guna tangan tapi basuh tangan yek. Bila dah ready semua letak comei-comei dah boleh la bakar ye korang. Aaaa dia punya suhu dalam 250c camtuh dan bakar la dalam 20minit cenggitu.

Sementara tunggu dia masak mari kita luangkan masa buat kastard pulak. Senang kacang jek buat dia.

Bahan-bahan ( krim )
2  sudu besar tepung jagung
2  sudu besar tepung kastard
1 1/2 fresh milk
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar gula kastor

First masukkan susu, tepung jagung dan tepung kastard sekaligus dan kacauuuuuu. Jangan tak kacau pulak sebab nanti dia jadi berketul-ketul. Setelah sebati masukkan telur dan gula. Teros laju-laju capai si arnab hijau n kacauuuuuuuu. Last sekali lepas gula dah agak-agak cair dalam adunan tu masukkan esen vanilla penambah perasa. Kacau la sampai dia jadi betul-betul pekat n sejukkan sket.

Dan kalau korang tengok kastard korang tuh berketul-ketul jangan risau. Aku yang pertama kali buat pon jadi macam tuh gak. Muehehe. Senang jek nak settlekan hal camnih. Gunalah penapis hero segala penyedap dessert. Tenyeh-tenyeh sket gan sudu sebab dia pekat lambat nak melancarkan alirannya.


Dah selesai masalah tuh semua tiba la masa nya untuk memaipkan kastard tersebut. 

JENG JENG JENG. Dia kalau lagi banyak telur lagi gebu n besar. Ni aku letak dua jek so dia kurang gebu. Kan aku dah cakap ni firstime aku buat. Jangan la komplen. Okayy dah sejukkan puff ni kerat tengah-tengah macam kerat roti burger.


Haa cam gini la. Lagu ni la rupa dia. hehe. Letak kastard banyak-banyak biar dia terjelir melimpah ruah. Tuh yang buat lagi syok nak makan tuh kan. Lepas tuh dah habiskan letak kastard boleh la dihidangkan. Tabur sket gula aising ala-ala snow tuh. 

Kalau nak lagi kreatif celopkan atas puff tersebut dengan coklat. Nak buat coklat panaskan setengah cawan susu dalam periuk pastu tutup api. Curahkan kat coklat masakan. Kacau perlahan sampai cair dan berkilat. Pastu biarkan seketika dan boleh la start celop-celop. Letak pulak coklat rice ke hape-hape jela asalkan korang bahagia. Kemudiaan boleh hidangkan.




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

8 comments:

Domo said...

improvement !!!

waa!!! niceeeesu! hee

Unknown said...

hehe.. yg ni lg rumit dr buat cupcake.. nnti same2 kte blaja msak eh ^_^

Domo said...

whipping cream epic fail kot!!!!!
aku patut study psl whipping cream oh sblum buat sbb die ada cara nak buat @-@ xbole kacau overdose la,kene kacau dlu sebelum msuk pape laa.
and kan gula kan bukan 1stgh cup tp sudu besar sumpa manis. dua2 whipping aku buat epic fail and tong smpah makan kbai lul.

Domo said...

whipping cream epic fail kot!!!!!
aku patut study psl whipping cream oh sblum buat sbb die ada cara nak buat @-@ xbole kacau overdose la,kene kacau dlu sebelum msuk pape laa.
and kan gula kan bukan 1stgh cup tp sudu besar sumpa manis. dua2 whipping aku buat epic fail and tong smpah makan kbai lul.

Unknown said...

kan dah cakap gula banyak gila. gula kasar plak tuh. ko buat yg baru nih jdik x?

haz said...

wahh nmpk sedapnyee.. nk cuba la nanti. hehe

Unknown said...

sedap sgt. msti cube nnt bgtaw kite kayh nak tgk. huhu~

Domo said...

aku xnk sentuh whipping cream da whaaha. tggu lah lps final nnt tgk cmne hehe pape pon ritu bg sorg makcik ni bwk blek die kate sedap hee alhamdulillah :)