Showing posts with label RECIPY. Show all posts
Showing posts with label RECIPY. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

Ayam Goreng Buttermilk

Bertemu kembali bersama Chef Ekin dalam rancangan Pandai Masak Ke? hahaha. Macam apetah aku nikan. Okay sebenarnya nak bagitaw kat korang petang tadi aku masak ayam special ala-ala KFC original bukan spicy . Haa camtuh la rupe dia. Sedapkan sedapkan? Kalau suka dan nak masak sekarang juga pergi amik kertas pergi amik pen dan salin resipi daripada Anna Olson nih:-

1 cawan buttermilk (nak buat sendiri susu + cuka)
2 sudu besar mustard
1 satu sudu kecil serbuk paprika/serbuk lada hitam

Kacau bahan-bahan tersebut dan gaulkan pada ayam. Perap dalam setengah jam dalam peti sejuk.

1 1/2 cawan tepung gandum
1       sudu besar serbuk penaik
1       sudu kecil garam

Gaul sebati. Setelah ayam diperap salutkan ayam dengan tepung yang dicampur serbuk penaik dan garam. Setelah itu boleh la digoreng. Pastikan minyak betul-betul panas.

Dan hasilnya


Delicious. Bon apetite. haha




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Saturday, 16 March 2013

Khas untuk sesiapa yang minat buat cupcake


Adeh takley tido laa panas sangat malam nih. Padahal siang tadik hujan kemain lebat kat sini. Tengah malam ni dok berpikir sambil jenguk blog orang lain. Haa kan nak cerita pasal apa yang ada dalam buku resipi Lyn Hassan chef terkenal tuh. Dah takpayah susah-susah setiap kali nak masak cupcake kena search internet bukak Youtube bagai. huhu. Kalau uolls nak tawu apa ada dalam buku tuh yang buat aku teros beli?


Pertama sekali dia bagi panduan atau tips untuk dapatkan hasil masakan kita lebih baik dan sedap. Dalam halaman nih dia ada bagitahu bahan-bahan apa yang patut digunakan atau elakkan, pasal oven la. Baguskan?



Lepas tuh dia dah bagitahu bahan asas atau bahan utama untuk buat cupcake nih. So bahan-bahan nih wajib ada kalau nak buat cupcake. Dan dia ceritakan mentega apa yang dia pakai, telur jenis apa yang dia guna dan bahan-bahan lain semua dia sertakan sekali. Best senang kerja aku nak belajar ^_^



Seterusnya bahan-bahan untuk mebuat cupcake nih mesti ada. Sekarang nih aku cuma takde pencedok aiskrim jek lagik. Haha gebang jek lebih. Memang kalau boleh nak belajar betul-betul amik kursus tapi macam tak direstui. Jadik aku amik inisiatif untuk belajar sendiri berdasarkan buku. 



Yang paling membuatkan aku lagi excited nak belajar buat semua cupcake adalah resipi yang pelbagai. Ada red velvet, oreo cheese, chocolate ganache dan banyakkkkkk lagila. Aku akan cuba buat satu-satu sampai la jadi pakar cupcake yang termuda di Cheras. muahaha menggelabah !



Dan last sekali masa untuk hiasan cupcake. Frosting ! Dalam halaman nih dia siap ajar cara-cara nak buat hiasan bentuk apa sahaja yang kita nak. Ada dua jenis frosting yang dia ajar. Buttercream dan fondant. Aku nak cuba buat la nanti. Nak try fondant pulak. Okay sabar ye ekin satu-satu.

Jadik first project aku untuk kawan-kawan aku. Bulan depan April aku akan buat reunion besar-besaran dengan roomate aku. Aku nak bagi special gift untuk diorang dan sambil tuh nak promote sket kat diorang an. Harap-harap diorang suka dan mana taw suatu hari nanti ada tempahan pulak. Doakan la berjaya. Amin.


Note : Sesiapa yang nak buku resipi nih korang carikla kat kedai buku yang bertajuk Kek Cawan by Lynn
          Hassan.



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Wednesday, 13 March 2013

Carrot cupcake with Cream Cheese

Tiba-tiba pulak teringin nak buat carrot cupcake. Tengok dalam tv macam sedap jek.
Jom try nak?

Mmm...delicious..

Bahan-bahan :
1 1/5 cawan tepung serbagua
1/2   cawan minyak sayuran
1/2   cawan gula perang
2      biji telur
1/2   sudu kecil serbuk kayu manis
1/4   sudu kecil baking powder
1/4   sudu kecil baking soda
Lobak merah diparut
Sedikit kulit limau diparut
*tambah walnut atau kismis jika perlu.

Dan cara-cara untuk menyediakan:

Ayak tepung, serbuk kayu manis, baking powder, baking soda dan garam bersama.


Minyak beserta gula perang dikacau mengunakan pemukul sehingga minyak sebati bersama gula.


Masukkan telur dan pukul la lagi.


Masukkan adunan bersama bahan yang diayak tadi dan kacau menggunakan spatula. Kacau dengan perlahan sehingga adunan sebati.


Kemudian campurkan lobak merah yang diparut beserta parutan kulit limau dan gaulkan. Tambah walnut yang dicincang dan kismis. Aku tak letak sebab tak suka kacang dalam kek ^_^


Setelah siap tuang adunan ke dalam acuan cupcake dan bakar dalam suhu 180c selama 20minit.
 Sambil tunggu membakar mari kita buat frosting !

Hanya memerlukan 4 sudu besar buttercup, 1/2 potong cream cheese dan 1 cawan gula aising. Putar sampai la lembut dan boleh letakkan parutan kulit lemon sikit kalau nak. Setelah cupcake disejukkan dah boleh mula menghiasnya.

SELAMAT MENCUBA !!






♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Monday, 11 March 2013

Apam Polkadot Warna Warni


 
Comot tak? haha

Bahan-bahan :
3 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu cair/susu segar
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk penaik
Kaya untuk filling

Cara-cara :
Putarkan telur, gula, susu, ovallete dan esen vanilla sampai la jadi dia kembang sikit dan betukar putih. Ayak tepung dan tuang serta kacau sebati kesemuanya. Asingkan pada beberapa bahagian dan warnakan ikut citarasa korang. Tuang pada acuan dan letak filling sekali. Dah siap dekorasi bagai boleh la masak. Kukuskan selama 15-20minit.

 
*bagi yang tak tawu ovallete tuh camni bentuk dia warna oren
*guna acuan lompang supaya apam korang tak berterabur kembang nanti


Selamat memasak ^__^



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Thursday, 7 March 2013

Puding Roti Coklat


Bahan-bahan : Roti potong empat segi, 2cawan susu, 1/2 cawan gula, Butter dicairkan, 1/2 cawan koko
                       powder dan 1sudu susu pekat.
Cara masak  : Masak semua bahan dalam api sederhana dan tuangkan ke atas roti yang telah disusun ke
                      bekas. Biarkan seketika untung adunan menyerap kedala roti dan taburkar sedikit gula ke
                      atasnya. Bakar selama 20minit dalam suhu 180c.

TARAAA!!!

Dah masak boleh la taburkan milo sedikit dan gula aising ke atasnya.
Masa untuk makan ^_^


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Monday, 4 March 2013

Flaky Egg Tart


Bertemu kembali dalam rancangan masakan bersama Chef Ekin. Menu kita pada hari nih adalah Egg Tart. Sebenarnya dulu aku pernah try buat Egg Tart nih tapi tak berapa sedap sebab pastri dia tak crunch macam yang aku selalu beli dekat Bakery Cottage atau dekat KFC. Diorang punya Egg Tart memang super crunch lagi-lagi makan time panas. Pergh terangkat. Tapi setelah aku meniliti cara diorang buat pastri dan cuba sendiri pada minggu lepas. Dan akhirnya aku berjaya jugak menghasilkan Flaky Egg tart. Yehaa !



Ada sesiapa yang nak belajar buat Egg tart nih dengan aku. Aku bukan lah pakar memasak cuma nak berkongsi kegembiraan sebab dah berjaya memasak. Takkan aku nak kongsi kegembiraan jek mestilah kena kongsi resepi sekali kan kan kan?

Okay mari kita sediakan bahan-bahan dulu. Kita perlukan dua doh pastri.

Bahan-bahan untuk (Butter dough) :
1/2 atau 1 buku buttercup-dipotong dadu
             1 cawan tepung gandum

Langkah pertama : Gaul seperti digentel dengan tangan (basuh tangan dulu) tepung beserta butter sampai jadi doh dan sediakan plastik. Bungkus doh yang dah siap dan mampatkan doh supaya menjadi sebati. Simpan kejap dalam peti sementara kita buat doh yang kedua.


Bahan - bahan (water dough) :
1    cawan tepung gandum
2    biji kuning telur
1/4 cawan air suam

Langkah kedua : Buat lubang pada adunan tepung dan tuangkan kuning telur bersama air. Kacau hingga menjadi doh. Selepas itu tabur tepung atas permukaan untuk mengelakkan doh melekat ketika menguli. Uli hingga doh menjadi sebati.

Langkah ketiga : Guna kayu penggelek untuk memudahkan proses menguli. Keluarkan doh butter dan letakkan pada doh yang di uli sebentar tadi. Letakkan pada tengah-tengah supaya mudah dibalut seperti gambar diatas. Setelah dibalut letak sikit tepung pada permukaan dan balut semula dengan plastik dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.

Langkah keempat : Tujuan doh disimpan dalam peti supaya adunan kedua-dua doh sebati seperti gambar pertama dan mudah untuk digelek. Setelah disimpan beberapa minit, gelek adunan doh hingga menjadi besar. Lipat doh pada dua bahagian seperti dalam gambar dan simpan sekali lagi ke dalam peti sejuk. Kemudian gelek semula doh tersebut.

Langkah kelima : Setelah siap menggelek boleh la tekap acuan bulatan supaya mudah untuk dibentuk menjadi tart nanti. Aku guna cawan jek tak payah beli acuan bagai. Letak tepung sikit kat bekas tart kalau takut nanti dia melekat bila tengah masak. Dan bentukkan cantik dan kemas. Cucuk guna garpu pada permukaan supaya tart masak dengan elok.

Untuk filling egg tart kita
Bahan-bahan :
 2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
   1 sudu kecil esen vanila
   3 biji telur
   3 sudu kecil tepung jagung
   3 sudu kecil tepung kastard

Langkah terakhir : Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau. Masak dengan api yang perlahan. Setelah tuh sejukkan dan kacau lagi. Kemudian boleh la tuang pada tart kita dan bakar dalam suhu 200c selama 20minit sampai keperangan okay.

Macam tula ceritanya. Sambil buat entri nih tengah buat donut. Hee ~





♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Saturday, 23 February 2013

Sepetang bersama Cekodok

Harini lepak kat rumah jek. Bangun pon pukul 12tengahari. Memang anak dara apela aku nih. Bangun-bangun jek bergegas amik adik buat lawatan kat sekolah lain. Pastu tanak jalan kaki dok suruh aku amik.  Dengan muka bacin selamba dek jela aku kuar. Maklong aku tak kerja hari ni. Beribu kali dia ajak aku keluar tapi tetap tak berjaya. First try dia ajak..

"Haa kakak harini kita buat pizza nak. Jom pergi Jusco?"

aku berkerut

"Ala kan dah ada lauk. Esok boleh?"

Pastu dia membebel lagi. Dia ajak pergi malam ni la. Kejap lagi la. Ahhh malasnya nak layan. Masalahnye dia dah melantak nasi kejap tadi pastu ajak pergi buat pizza lagi bagai. Tak kenal erti kenyang ke? Syukur la dengan apa yang ada. Jangan membazir. Hee. Pastu tiba-tiba dia datang dekat aku macam nak pelok.

"Kakak jom pergi beli goreng pisang ke kuih ape-ape ke kat gerai bawah tuh"

sekali lagi =.=!

"ala ekin malas la maklong. lapar lagi eh?"

Dia hanya mampu tersengih. hee

Sejak tuh dia merajinkan diri dia dengan men'vakum'kan seluruh rumah aku. Mop lantai bagai. Lipat kain. Maybe dia bosan kot duduk rumah jek. Masalahnye ak takde kereta malas aku nak pinjam kereta orang.huh. Japgi dia tanya pulak ada udang ke ape nak buat cekodok. Aku cakap la dah habis semalam buat gulai. Haiii maklong..maklong.. Sekali aku yang buat cekodok letak ikan bilis jek. Sedap jek tayah nak beria-ria. Habis lagi pulak tuh. hehe

*cekodok ikan bilis with lemon tea

Nak resepi?
Takkan tak tau buat kot. haha



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Thursday, 21 February 2013

Coklat Cupcake ( tanpa telur)

Jeng jeng jeng..Masa untuk menunjukkan skill memasak.

*gedik jek nak tunjuk ducklips aku. muahaha

Comel lagi kiut lagi miut tak cupcake nih. Kenapa tak pakai telur buat cupcake? Memang aku cadang nak buat cupcake ni hari tuh, Dan aku tengah sibuk excited nak masak cupcake nih. Dah sediakan tepung bagai. Siap sukat semua bahan. Tibe-tibe aku teringat, 

ALAMAK TELUR DAH HABIS. 

Macamana nak buat cupcake nih. Nak pergi kedai kereta takde. Jalan kaki lagi malas. Pastu baru aku terpikir memang ada orang buat kek tak pakai telur pon takpe. Tapi mesti tak fluffy kek aku tuh nanti. Ala dah takde peluang lain aku cek la kat Youtube. Benda alah nih memang banyak membantu. Yes!! ada pon resepi tapi dari negro mane tah. Mula-mula dia membebel jek dengan style negro dia tuh. Sibuk jek nak tunjuk kek dia konon menjadi la tuh. Nasib baik time tunjuk cara-cara masak tak tunjuk muka. Kalau tak mesti aku dah stop video tuh. Muahaha sumpah jahat. Credit tok minah negro nih sebab kek sedap walaupon HITAM. hahahaha.

Okay first think first salin bahan-bahan..

Bahan-bahan ( Kek) :
1 1/2 cawan tepung kek
      1 cawan gula kastor
   1/3 cawan koko powder
      1 sudu kecil baking Soda
   1/2 sudu kecil garam
      1 cawan air panas suam
   1/4 cawan minyak sayuran
   1/4 cawan fresh milk (aku guna HL)
   1/4 cawan Applesauce (kalau takde pon takpe)
      1 sudu besar cuka
      2 sudu kecil esen vanilla

Dan cara-cara nak buat senang jek


 

1. Mula-mula gula kastor, air, minyak sayuran, fresh milk, applesauce, cuka dan esen vanilla sekali. Kacau sebati sampai la gula larut dalam adunan tuh. Kacau, kacau, kacauuuu.

2. Ayak tepung, koko powder, baking soda dan garam together-gether. Larutkan la semua.

3. Buat lubang kat tengah-tengah adunan tepung tadik.

4. Tuangkan adunan yang pertama tadi dan kacau perlahan menggunakan spatula. Jangan kacau lelaju takut nanti adunan jadi berketul. Kacau la sampai sebati okay.

5. Panaskan oven dulu dalam 180c. Lepas tuh boleh la sediakan adunan dengan kertas cawan. Terpulang pada korang la nak buat saiz cupcake macamane. Macam-macam corak kertas cawan ada kat kedai tuh.

6. Tuangkan adunan menggunakan senduk kecil dan tidak terlalu penuh dan boleh la masukkan ke dalam oven. Bakar selama 15 - 20minit camtu. Lepas dah masak biarkan sejuk supaya boleh la kita buat frosting nanti.

Untuk menghias cupcake kita boleh ikot citarasa masing-masing kayy.

Bahan-bahan ( Buttercream aising)

1/2 cawan buttercup / unsalted butter
   2 cawan gula aising
   2 sudu besar whole milk
   1 sudu kecil esen vanilla
   * hiasan : chocolate rice




1. Apabila butter sudah lembut, pukul menggunakan mesin adunan dahulu.

2. Langkah seterusnya masukkan gula aising dan putar dalam 5 hingga ke 10 minit untuk melarutkan gula. Bila dah larut masuk susu dan esen vanilla dan putar.

Kalau nak gula jadi smooth dan berkilat, pukul gula aising beserta 1biji putih telur sampai la dia jadi kembang dan berkilat. Rasa dengan jari kalau takde rasa gula dah boleh sejukkan. Pastu baru masuk butter.

3. Dah boleh la asingkan aising kita dalam mangkuk berlainan supaya kita boleh colourkan diorang ikut warna yang kita suka. Aku pilih warna merah jambu n biru. ^_^

Part yang paling seronok adalah hias cupcake korang !!

Dah siap. Jangan lupa cuba kay. Mesti seronok pastu boleh bagi jiran sebelah, kawan, birthday present. Kbai.




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Tuesday, 19 February 2013

Cream Puff Nyummy Nyummy


Haiii hari nih aku belajar buat Cream Puff berinti kastard krim. Aku tak pernah terpikir nak belajar buat Cream Puff nih apatah lagi merasa makan benda nih. Aku tertarik nak buat pon sebab terbukak entri si Cik Epal tu ha. Banyak pulak resepi yang dia letak. Pastu aku bukak la resepi Cream Puff nih kat Youtube. Tengok video die pon gempak la sebab HD style. Sedap pulak ape lagi hari ni jugak aku buat. Tapi aku ikut resepi lain cuma dia buat krim biasa dekat Youtube. Kalau korang nak tengok klik kat SINI

Meh aku ajarkan macamana nak buat benda comel nih. Aku ikut resepi Cik Epal.

Mempersembahkan..

Bahan-bahan ( untuk Puff ) :

1/2  cawan Unsalted Butter ( 125g )
   1  cawan air (250ml )
   1  cawan tepung gandum ( 150g )-diayak ( aku guna tepung kek )
1/2  gula kastor
1/2  sudu kecil garam
   2  biji telur
   1  sudu kecil esen vanilla

Cara - cara nak buat camnih..

Dengan api yang perlahan masukkan butter. Bila dah cair masukkan gula dan air. Kacau sampai la gula tuh cair sebati dengan bahan tadi. Haa comel tak aku punya benda pengacau warne hijau gituuuu ~~

Lepas tuh letakkan tepung yang dah diayak tuh. Oo oo lupa nak cakap matikan api dulu sebab takot terbakar pulak adunan nih. Gaul guna spatula senang sikit. Sorila macam berketul sikit saya budak baru belajar. Gaul n gaul n gaul sampai la adunan jadi sebati la macam biasa.

Lepas jek korang kacau sebati bukak balik api tapi dengan api perlahan la. Pastu pecahkan telur sebiji jek dulu dan kacau. Pecahkan lagi sebiji telur dan kacau la sampai korang naik boring. Suka kacau tak ? Kacau la kalau nak buat betul - betul. Muehehe.

Korang kena kacau jek sebab kalau tak nanti dia berketul-ketul. Pastu dah sebati semua bahan-bahan tadi tuangkan sedikit esen vanilla yang dah disukat tadi. Pastu kacau la lagi kan kan kannn.

Bila dah setel semua masa untuk masukkannya dalam oven. Kalau nak cantik masukkan adunan dalam piping bag baru kemas. Tapi aku malas nak basuh nanti so aku pakai plastik biasa jek. Cuma gunting sket kat bucu plastik tuh jadi la piping bag korang. Pakai plastik boleh buang terus. Ok dah boleh pipe macam aku buat tuh.

Jadik la macam ni. Dah macam ape tah kan maklum la firstime buat. Kalau nak cantik korang tacap-tacap la guna tangan tapi basuh tangan yek. Bila dah ready semua letak comei-comei dah boleh la bakar ye korang. Aaaa dia punya suhu dalam 250c camtuh dan bakar la dalam 20minit cenggitu.

Sementara tunggu dia masak mari kita luangkan masa buat kastard pulak. Senang kacang jek buat dia.

Bahan-bahan ( krim )
2  sudu besar tepung jagung
2  sudu besar tepung kastard
1 1/2 fresh milk
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar gula kastor

First masukkan susu, tepung jagung dan tepung kastard sekaligus dan kacauuuuuu. Jangan tak kacau pulak sebab nanti dia jadi berketul-ketul. Setelah sebati masukkan telur dan gula. Teros laju-laju capai si arnab hijau n kacauuuuuuuu. Last sekali lepas gula dah agak-agak cair dalam adunan tu masukkan esen vanilla penambah perasa. Kacau la sampai dia jadi betul-betul pekat n sejukkan sket.

Dan kalau korang tengok kastard korang tuh berketul-ketul jangan risau. Aku yang pertama kali buat pon jadi macam tuh gak. Muehehe. Senang jek nak settlekan hal camnih. Gunalah penapis hero segala penyedap dessert. Tenyeh-tenyeh sket gan sudu sebab dia pekat lambat nak melancarkan alirannya.


Dah selesai masalah tuh semua tiba la masa nya untuk memaipkan kastard tersebut. 

JENG JENG JENG. Dia kalau lagi banyak telur lagi gebu n besar. Ni aku letak dua jek so dia kurang gebu. Kan aku dah cakap ni firstime aku buat. Jangan la komplen. Okayy dah sejukkan puff ni kerat tengah-tengah macam kerat roti burger.


Haa cam gini la. Lagu ni la rupa dia. hehe. Letak kastard banyak-banyak biar dia terjelir melimpah ruah. Tuh yang buat lagi syok nak makan tuh kan. Lepas tuh dah habiskan letak kastard boleh la dihidangkan. Tabur sket gula aising ala-ala snow tuh. 

Kalau nak lagi kreatif celopkan atas puff tersebut dengan coklat. Nak buat coklat panaskan setengah cawan susu dalam periuk pastu tutup api. Curahkan kat coklat masakan. Kacau perlahan sampai cair dan berkilat. Pastu biarkan seketika dan boleh la start celop-celop. Letak pulak coklat rice ke hape-hape jela asalkan korang bahagia. Kemudiaan boleh hidangkan.




♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

Tuesday, 29 January 2013

Share Masakan - SUP AYAM



Hai.. hari ni uolls rajin masak x ? Sebab aku rajin masak. Firstime ni masak Sup Ayam. Sejak jadik surirumah ni aku banyak sangat test memasak macam macam. Kepada lelaki diluar sana, anda bertuah dapat berbinikan saya. HAHA. *blah. So mari lah kita sama sama belajar memasak bersama Chef Ekinto. hehe


Firstly bahan bahannya adalah :-

- Ayam segar. (Depend pada ahli keluarga korang nak pakai sekor ke pe)
- Sup bunjut
- Kiub knor ayam
- Lobak merah
- Ubi kentang
- Daun sup n daun ketumbar
- Minyak masak
- 4 biji bawang merah
- 5 biji bawang putih
- Halia
- Lada hitam
- Garam secukupnya

Okay bahan bahan dah ada dah boleh start masak. *yeay

LANGKAH KE -1

 
Potong ubi kentang dan lobak merah. Letak banyak banyak lagi sedap.

LANGKAH KE - 2

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. 
Kemudian masak hingga menjadi perang n bau wangi. aumm

LANGKAH KE - 3

Masukkan air dalam 3-4 cawan. (ikut korang la)

LANGKAH KE - 4

Masukkan garam secukupnya, sup bunjut, dan kiub knor ayam. Haa pastu kacau sampai sebati.
Sampai la ade buih buih cinta tuh. Mendidih la.

LANGKAH KE - 5

 
Ha dah mendidih tu masuk la lobak merah n ubi kentang. 
Masuk awal awal so dia boleh empuk cepat.

LANGKAH KE - 6

 
Untuk sihat haruslah mengelak daripada makan kulit. So buang la kulit n jangan ada
lemak sikit pon terlekat pada ayam. Ha dah bersih basuh bagai baru la masuk ke dalam sup.

LANGKAH KE - 7

 
Pastu letak lada hitam sikit n akhir sekali daun sup n ketumbar.

DAN HASILNYA ....


TARAAA.. dah siap sup ayam kita. Jom makan !

Ini lah Sup Ayam buatan sendiri. Memang menjadi n kena puji la. Seronoknye memasak kat rumah. haha. Hope korang boleh cuba kat rumah. Selamat mencuba eh korang :D


NOTE : Memasak boleh menghilangkan bosan n stress. Disamping itu boleh menambah skill. Jyeah ~


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥