Wednesday 13 March 2013

Carrot cupcake with Cream Cheese

Tiba-tiba pulak teringin nak buat carrot cupcake. Tengok dalam tv macam sedap jek.
Jom try nak?

Mmm...delicious..

Bahan-bahan :
1 1/5 cawan tepung serbagua
1/2   cawan minyak sayuran
1/2   cawan gula perang
2      biji telur
1/2   sudu kecil serbuk kayu manis
1/4   sudu kecil baking powder
1/4   sudu kecil baking soda
Lobak merah diparut
Sedikit kulit limau diparut
*tambah walnut atau kismis jika perlu.

Dan cara-cara untuk menyediakan:

Ayak tepung, serbuk kayu manis, baking powder, baking soda dan garam bersama.


Minyak beserta gula perang dikacau mengunakan pemukul sehingga minyak sebati bersama gula.


Masukkan telur dan pukul la lagi.


Masukkan adunan bersama bahan yang diayak tadi dan kacau menggunakan spatula. Kacau dengan perlahan sehingga adunan sebati.


Kemudian campurkan lobak merah yang diparut beserta parutan kulit limau dan gaulkan. Tambah walnut yang dicincang dan kismis. Aku tak letak sebab tak suka kacang dalam kek ^_^


Setelah siap tuang adunan ke dalam acuan cupcake dan bakar dalam suhu 180c selama 20minit.
 Sambil tunggu membakar mari kita buat frosting !

Hanya memerlukan 4 sudu besar buttercup, 1/2 potong cream cheese dan 1 cawan gula aising. Putar sampai la lembut dan boleh letakkan parutan kulit lemon sikit kalau nak. Setelah cupcake disejukkan dah boleh mula menghiasnya.

SELAMAT MENCUBA !!






♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

No comments: