Wednesday 13 March 2013

Lelaki

Orang cakap kapel nih indah sangat walaupon ada pahitnya. Bila bercinta lautan api pon sanggup redah lakan. Yup memang betul pon. Sebenarnya teramat la bosan kalau diri itu menjadi single available lama-lama. Sekarang nih aku dah mensinglekan diri dah setengah tahun dan ini rekod pertama aku paling lama jadi single. haha. Why not to be single? Tak salah pon. Tapi bosan jugak sebab sekaarang aku dah jarang dating tiap minggu, pergi makan sama, piknik sama, tengok wayang sama. Elok jugakla aku single kurang sikit buat maksiat berpegang tangan bagai. hehehe.

Macam-macam ragam lelaki yang aku jumpa sebelum nih. Dulu masa aku tingkatan dua baru dapat henfon. Tu pon mak punya tapi dia tak guna. Bila ada berkenalan dengan sorang mamat nih benda yang paling aku takley lupa keterujaan aku bila dia call aku. Dia call tapi aku tak angkat sebab terlalu malu. Baiknya aku dulu. Kalau aku terangkat call dia aku letak balik. haha. Comelkan? Dan mamat nih jadik abang angkat aku dulu baik orangnya. Sekarang dah lost contact pon. huhu.

Naik pada tingkatan tiga paling banyak dugaan  aku la sebagai seorang remaja. Aku pernah kuar malam senyap-senyap semata-mata nak dating. Jangan lah budak-budak ikot perangai aku. Aku siap gunakan adik aku konon bawak dia pergi rumah kawan aku, pastu setengah jalan aku suruh dia balik dan bagitau mak aku jumpe kawan kejap. Ampunnnn mak jahat benar aku. Lelaki bengong mana la yang ajak aku keluar malam. Nasib baik aku lupakan kau. haha.

Tingkatan empat aku pertama kali kapel lama. Lelaki nih baik sangat kalau aku marah atau merajuk memang selalu dia jek yang mengalah. Tapi aku tak suka dating berjalan dengan dia. Sebab dia akan tinggalkan aku kebelakang dan tak tunggu aku langsung. Lepas jek setahun lebih kapel dia kena pergi jauh sebab kerja. Lama pulak tuh tak dapat contact langsung. Sedih giler. Dia ajak aku kahwin and ikot dia pergi dengan dia. Tapi aku xrela sebab aku suka duduk KL. hee. Lepas jek aku habis SPM dan sambung belajar dia balik KL kejap dan jumpa aku macam biasa untuk lepaskan rindu la nih. Aku macam dah takde hati dengan dia sebab dah lama sangat kena tinggalkan. Yela dalam 4 5 bulan jugak tak jumpa. Kitorang memang masih kapel time tuh tapi setiap kali dia mesej or contact aku macam taknak layan. Tup tup aku dapat taw dia dah tunang. Lelaki apa macam nih? Bercinta n betunang dengan orang lain dalam diam time dia dok jauh tuh. Bengang giler aku. Nasib baik aku dah takde hati dengan dia.


Ada orang lagi yang telah menambatkan hati aku. Kecewa dengan sikap lelaki yang bertunang senyap-senyap nih aku teros amik keputusan lupakan dia dan teroskan bahagia bersama yang lain. Ohh aku paling suka lelaki nih sebab dia lelaki paling hensem pernah kapel dengan aku. Kapel dengan orang hensem nih susah. Cemburu buta la aku nih. Setiap kali berjalan sebelah dia ada jek mata perempuan yang memandangnya. Yela nak dibandingkan dengan makwe dia yang sebelah memang la senang dia nak tergoda betol tak? Tapi lama la jugak dia bertahan dengan aku. Tapi aku tak suka sebab dia jenis yang suka salahkan aku bila dia bersalah, dah la kedekut. Aku yang belajar jek time tuh pon boleh support belanja dia. Ahhh lelaki kenapa kau kejam? Tapi series rindu gile dengan dia walaupon dah break tapi kitorang still kawan. Yang penting time jumpa arituh aku tetap belaja dia. hahaha



Mana nak carik lelaki yang boleh bertanggungjawab, memahami, gentle dan beriman sekarang?? Susah pulak nak carik sejak dah single nih. Masa zaman sekolah dulu hilang satu muncul pengganti. haha. Senang kacang la nak dapat pakwe hingusan dulu. Aku berharap sangat dapat jodoh yang baik-baik. Sedara-mara pon dah banyak bertanya " Ekin, bila pulak awak nak kahwin?" Aku mampu jawab "pakwe pon takde.hmm "

Jodoh adalah ketentuan Allah. Ada sebab ketentuan itu diberi pada kita. 

Kbye nak tengok Mohabbatein kat TV2


♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

2 comments:

Domo said...

wah~ kenapa xde gmbr!!!!
nak gmbr!!!

wahahaha :p

Unknown said...

woi giler ini entri lelaki aku mane de gambar lelaki la gilerrr. hahaha