Saturday 23 March 2013

Perempuan kena carik lelaki yang soleh

Hehe aku nih asyik cerita pasal kahwin, cinta , lelaki tak habis-habis kan. Padahal pakwe pon takde ada hati nak bercerita hebat pasal cinta. Bukan apa, cinta nih sebenarnya indah kalau kita mampu menangani dan memahami antara satu sama lain. Aku selalu dengar ceramah Ustaz Kazim Elias kat Astro Oasis yang bertajuk "Kalau Dah Jodoh". Aku rasa ustaz nih sangat faham bab-bab cinta dan rumahtangga nih.



Baru-baru nih aku tertarik dengan kata-kata dia tentang memlih calon suami. Kalau nak carik calon suami carilah yang soleh. Tapi ada yang cakap "dah ustaz alhamdulillah saya dah jumpa suami soleh. Nama dia Soleh" hahaha. Bukan nama soleh yang dia maksudkan tapi yang beriman. Yang bertanggungjawab dan yang hormat ibu bapa. Alangkah indahnya kalau ada ramai lelaki yang dimaksudkan ustaz tuh.



Tak kisah la dia cikgu asalkan soleh,
tak kisah la dia doktor asalkan soleh,
tak kisah la dia jual burger asalkan soleh,
tak kisah la dia tukang kebun asalkan soleh,


Tak semestinya kena cari ustaz. Ada jugak ustaz yang tak soleh. Betul jugak kata Ustaz Karim nih. Zaman sekarang nih nak kena cari yang betul-betul soleh bukan senang. Aku rasa macam nak sangat carik yang ahli-ahli surau tukan tapi perempuan macam aku nih macam tak layak dapat lelaki yang soleh sedangkan aku pon bukan lah solehah sangat. Orang kata kalau kita baik dapatla lelaki baik, kalau jahat dapat la lelaki jahat. Betul ke fakta tuh?? Aku mintak sangat benda camtuh tak betul. Sebab jodohkan ketentuan Allah. Allah tahu mana yang baik buruk.

*curik-curik gambar dia. mampos kalau dia taw.hee. siapa nih?

Sebenarnya aku dah jumpa seseorang nih. Mr. N. Aku jumpa dia pon dalam facebook. Cerita dia camnih. Biasanya banyak artikel kan dalam facebook pasal agama la, hiburan la macam-macam. Ada satu artikel nih pasal agama la maybe pasal aurat, aku terbaca komen daripada si dia nih. Tiba-tiba teros tertarik dengan dia teros aku add dia sebagai friends aku. hahaha gatal tak?? Pastu teros dia approve. Weeehuuuuu punya la seronok tapi cover la tak mesej pon dia ke apa ke. Hahaha bajet jekan.


Dalam dua tiga hari lepas tuh aku dapat IM dari dia. Muhehehe. Gedik la kau pompuan. Pastu aku cover-cover malu la. At the end dalam perbualan dia mintak no tel aku?? Apa lagi teros la aku bagi tapi cover la jual mahal. Kemon la Ekin gelabah giler. haha. Then, kontek kenal-kenal nampak baik giler laki nih. Tengok profil dia masih belajar lagi dekat UM tapi umur dia bawah aku la then orang Kedah. Jauh giler macm takde jodoh jek. haha perasan .


So kitorang berkawan jek dulu. Sebab aku pon rasa macam nak anggap dia adik-adik jek. Hmm takpela. Tapi kalo diberi kesempatan memang nak pakwe macam dia. Baik, sopan santun, kiut pulak tuh dan yang penting aku tau dia lelaki yang soleh. Ni pertama kali aku dapat kenal lelaki macam dia. Biasa yang aku jumpa lelaki macam apa ntah semua takboleh diharap.


Semoga aku dapat la jodoh yang baik-baik gamaknye. hehe. InsyaAllah dengan izinNya. Nak yang macam Mr N plisssss :D Aishhh Ekin pasni stop la cerita pasal jodoh-jodoh nih k bosan nak bace entri kau taw tak.

Ehh sukati aku la blog aku kan. HAHAHA.

Kbai.



♥ Terima kasih kerana sudi baca entry blog ini ! Komen kalau suka ! ♥

2 comments:

Domo said...

perghh ..

semoga dapat jodoh baik2

amin~

Unknown said...

hehehehehe

sama2 kita berdoa

Amin..